top of page

Pecahkan KKD untuk mudahkan pelaksanaan ekonomi digital



Pemecahan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebelum ini kepada dua entiti baharu bukan akibat berlaku kelemahan dalam KKD namun bagi mempercekapkan pelaksanaan ekonomi digital.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi (KK), Fahmi Fadzil kepada pemberita selepas majlis R.E.N.E.W: Reuse, Educate, Nurture, and Empower with Waste di Dataran Sri Angkasa Jaya, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur pagi tadi.


Menurut beliau, tuduhan mengatakan dirinya lemah menguruskan KKD adalah tidak berasas kerana daripada 12 agensi di bawah kementerian itu, beliau masih diberi tanggungjawab menjaga 8 daripadanya di bawah kementerian baharu.


"Ada pihak tuduh Fahmi gagal laksanakan tugas sebagai Menteri KKD maka dipecahkan dan diselamatkan nyawa politik saya.


"Ini tidak betul. Kalau kita lihat agihan agensi pada waktu ini daripada 11 atau 12 agensi di bawah KKD yang kekal dengan KK adalah 8 agensi, manakala satu agensi luar dimasukan menjadikan 9 agensi, termasuk J-KOM.


"Tetapi sebenarnya, dalam perbincangan saya dengan pasukan Perdana Menteri, saya jelaskan berdasarkan pengalaman saya kendalikan KKD dalam setahun, ada beberapa aspek dalam ekonomi digital yang merentasi 4 kementerian. Misalnya dari segi start up itu dengan MOSTI, scale up wujudkan kilang bawah MDEC, pelaburan diusahakan oleh MIDA bawah MITI, dan kemudian pelaburan MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi.


"Jadi bila kita bincang dengan pihak industri, ada menyatakan kegusaran bila ada 4 kementerian berbeza usahakan isu sama.


"Maka saya sampaikan pandangan mengapa tidak dikumpulkan semua agensi ini, diletakkan di bawah satu agensi khusus, kerana bila kita teliti dokumen Pelan Induk Perindustrian menyatakan ekonomi digital ini merupakan tiang seri utama pertumbuhan eknomi negara (pada waktu ini dan masa hadapan)," katanya.


Beliau juga menjelaskan Menteri Digital, Gobind Singh Deo dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan IR 4.0 pada Jumaat lalu bersetuju kepada keperluan untuk diselaraskan bukan hanya melalui majlis, tetapi dalam Kementerian Digital agensi yang terlibat.


Tambah Fahmi, ekonomi digital terlalu penting pada tahun tahun mendatang kerana dijangkakan sumbangan sektor itu kepada KDNK menjelang 2025 mencecah 25.5% iaitu satu per empat Keluaran Dalam Negara Kasar negara.


Oleh itu, katanya, perlu ada satu kementerian khas untuk menangani isu ekonomi digital dan tidak boleh ditangani secara bersama dengan komunikasi.


Namun, walau apa pun pendapat pengkritik, tegas Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, Kerajaan Perpaduan tetap masih mempunyai saiz kabinet yang lebih kecil berbanding PM sebelum ini seperti Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Yang penting jumlah menteri dan timbalan di bawah PMX jauh lebih rendah berbanding dengan kerajaan terdahulu dan masih tidak dilantik duta bertaraf menteri ke mana mana zon di luar negara.


"Seperti dahulu, elaun berpuluh ribu tetapi tak ada hasil. Perkara ini (kabiet baharu) lebih baik daripada dahulu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page