top of page

PDRM perlu bertindak tegas ke atas pemuda MIC pukul orang awam



Video tular seorang pemuda MIC memukul orang awam di khalayak ramai berpunca daripada rasa tidak puas hati atas laporan mangsa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu ditangani oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) secara tegas.


Ahli Dewan Negeri Selangor, Dr Gunaraj George berkata, pemuda terbabit yang kini telah ditahan perlu disiasat tanpa mengira kedudukannya.


"Jenayah kekerasan di khalayak ramai secara terbuka seumpama tidak wajar berlaku, lebih-lebih lagi dilakukan oleh seorang individu berkedudukan terhadap orang awam.


"Pihak PDRM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kerana perkara ini melibatkan keselamatan dan boleh memgganggu gugat ketenteraman awam.


"Jenayah kekerasan secara terbuka telah menimbulkan rasa ketakutan dan kurang selamat kepada orang awam," katanya dalam satu kenyataan.


Dr Gunaraj yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor menambah, siasatan yang telus amat ditunggu tunggu oleh mangsa dan juga orang awam yang merasa terancam.


Katanya, pemuda MIC berkenaan sepatutnya menggunakan saluran undang undang sekiranya tidak berpuas hati terhadap mangsa dan bukannya bertindak semberono.


"Saya menegaskan, keselamatan awam merupakan satu perkara yang sangat penting bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang ancaman.


"Pelaku sewajarnya menggunakan saluran yang betul dengan membuat laporan polis dan menggunakan mahkamah sebagai tempat untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap tuduhan dan laporan SPRM ke atas beliau.


"Pihak berkuasa akan menyiasat setiap aduan berlandaskan undang-undang yang termaktub," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page