Menteri Pedidikan Malaysia bertanggungjawab menyediakan peranti kemputer riba mahu pun telefon pintar bagi pelajar-pelajar yang memerlukan di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pelajar dari keluarga miskin wajar dibantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) agar mereka tidak tercicir berbanding golongan berada yang mampu menyediakan peranti pembelajaran yang diperlukan.
"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya menerima banyak aduan dari rakyat miskin dan tidak berada menyatakan mereka tidak mampu membeli alat-alat peranti digital. Mereka mempunyai ramai anak yang bersekolah dan harga peranti-peranti itu mahal.
"Mereka bersedia untuk menerima komputer dan telefon pintar yang telah terpakai (second hand) asalkan anak-anak dapat meneruskan proses pembelajaran dari rumah.
"Saya berharap Menteri Pendidikan dan Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri Johor dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga miskin dan tidak berada ini," katanya.
Menurut Hassan, pelaburan ke atas peranti tersebut merupakan usaha jangka panjang dan boleh digunakan untuk pembelajaran di masa hadapan yang memerlukan kelas secara atas talian.
Comments