top of page

PdPR: Kerajaan tidak beri bimbingan ibu bapa didik anak-anak



Kerajaan Perikatan Nasional 2.0, khususnya Kementerian Pendidikan dikritik kerana tidak menyediakan program latihan kepada para ibu bapa yang diharapkan membantu anak-anak dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Mantan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik berkata, banyak negara di dunia yang menyediakan program khas di media massa untuk melatih para ibu bapa dalam membantu sesi PdPR anak-anak mereka.


"Pada bulan Mac tahun ini Unesco mengadakan persidangan, antara perbincangan mereka ialah tentang pendidikan dan wakil setiap negara membentangkan hasil kajian masing-masing.


"Antara isu dibincangkan adalah bimbingan kepada ibu bapa. Terutama kepada negara yang mereka dapati tahap pendidikan tidak berapa tinggi di kalangan ibu bapa.


"Maka seperti di Mesir sebagai contohnya, mereka mengadakan rancangan di tv untuk bimbing ibu bapa macam mana nak bimbing anak-anak. Ada pula negara yang menggunakan radio," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, program latihan seperti itu di Malaysia sesuai dilakukan oleh Kementerian Pendidikan melalui media rasmi kerajaan, atau juga melibatkan beberapa kementerian lain yang bersangkutan.


"Ini (bimbing ibu bapa) berterusan, bukan sekali dua. Ada rancangan khas untuk ibu bapa. Ada iklan dipanggil public service announcement untuk membimbing ibu bapa.


"Hakikatnya tak semua ibu bapa berpendidikan. Hatta ibu bapa berpendidikan pun tak tahu cara untuk membimbing anak-anak. Kalau ada tahu cara pun, mereka perlukan input yang lain.


"Di dalam hal ini, perlunya kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau perlu agensi lain yang ada bersama turut untuk menghasilkan banyak lagi bahan-bahan bimbingan kepada ibu bapa," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page