top of page

PdPR jika Indeks Pencemaran Udara lebihi paras 200 - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 1 min read

ree

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200, sebagai langkah melindungi kesihatan murid dan guru.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan itu selari dengan garis panduan sedia ada KPM yang telah diselaraskan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Kesihatan Malaysia.


"Kalau IPU melebihi 100, semua aktiviti luar tidak dibenarkan. Sekiranya IPU melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan — maknanya semua murid akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian," kata Fadhlina dipetik laporan media.


Beliau turut memaklumkan bahawa semua pengarah pendidikan negeri telah diberi panduan jelas dan diberi kuasa untuk membuat keputusan segera mengikut keadaan setempat berdasarkan bacaan IPU semasa.


Setakat jam 4 petang semalam, dua kawasan telah mencatatkan bacaan IPU tidak sihat: Nilai, Negeri Sembilan (116) dan Johan Setia, Selangor (154), menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia.


Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa kesihatan pelajar, guru dan warga sekolah kekal menjadi keutamaan dan akan mengambil tindakan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.


Orang ramai disarankan merujuk bacaan IPU secara berkala melalui laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar di https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau aplikasi mudah alih MyJAS EQMS.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page