top of page

Payung Rahmah: Jaya Grocer, Grab Malaysia jadi rakan strategik KPDN



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) memperkukuh lagi inisiatif Payung Rahmah apabila menjalin kerjasama dengan dua syarikat gergasi iaitu Jaya Grocer dan Grab Malaysia.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kehadiran jenama besar itu telah memusnahkan 'mimpi ngeri' beliau yang bimbang inisiatif dilaksanakan akan berakhir sekaligus memberi suntikan semangat baharu untuk inisiatif itu diteruskan.


"Saya tidak menyangka ada lagi syarikat mahu dan terus memberi sokongan kepada usaha KPDN memandangkan inisiatif Payung Rahmah ini tidak memberi apa-apa geran dan peruntukan khusus kepada mana-mana pihak yang menyertai.


"Perkara ini sekali gus mendorong KPDN untuk bekerja dengan lebih kuat dan terus menyantuni masyarakat dalam setiap segmen di bawah Inisiatif Payung Rahmah," katanya.


Menurut Salahuddin, menerusi kerjasama itu Jaya Grocer dan Grab Malaysia akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform Grab.


Ia meliputi Pakej Rahmah iaitu tawaran pakej 'mix & match' daripada serendah RM18 serta GrabFood Jualan Rahmah iaitu diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan keperluan harian dan eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.


"Selain itu, terdapat juga pemberian Bakul Rahmah secara berkala bagi menyokong pemandu orang kurang upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas," katanya ketika melancarkan Inisiatif Payung Rahmah di Jaya Grocer KL East Mall, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Program Payung Rahmah yang diperkenal pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.


Melaluinya, pengguna dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, di samping berpeluang merebut banyak tawaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga.


Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page