top of page

Pasukan SAR Malaysia di Turkiye banggakan negara - PM




Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang ditempatkan di Nurgadi bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat kem penyelamat Malaysia pada Rabu melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat atas kecekapan dan profesionalisme ditunjukkan pasukan tersebut.


"Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.


"Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa.


"Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu,” katanya.


Terdahulu, kehadiran Anwar untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat kepada pasukan penyelamat disambut oleh Timbalan Komander Kontinjen SAR negara DSP Safrizan Suhaini dan Ketua Pasukan MAS-10 Abdul Manaf Che Isa.


Beliau yang tiba kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat dan taklimat ringkas pengoperasian pasukan SAR negara sebelum dibawa melihat peralatan dan kelengkapan menyelamat, serta dua anjing pengesan Frankie dan Denti yang dibawa untuk misi itu.


Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher yang melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria pada 6 Feb lalu menyebabkan kematian hampir 37,00 orang setakat 13 Feb. Manakala lebih 120,000 orang cedera.


Malaysia menghantar dua pasukan terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia termasuk dua anjing pengesan (K9), Angkatan Pertahanan Awam serta membina Hospital Medan Malaysia Tahap Tiga yang dikendalikan dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.


Setakat Selesa, pasukan penyelamat negara telah mengeluarkan 47 mayat dan menyelamatkan lima sekeluarga.


Anwar berlepas ke Turkiye pada malam Selasa untuk rangka lawatan mengejut susulan permintaan Presiden Reccep Tayyip Erdogan supaya beliau hadir memberi sokongan moral untuk rakyat Turkiye yang ditimpa bencana.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page