top of page

Polis perlukan perlindungan, terkesan dengan wabak COVID-19 - Anwar


Pihak polis memerlukan perlindungan sewajarnya kerana sentiasa terdedah dan terkesan dengan ancaman wabak COVID-19, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presiden KEADILAN itu berkata, perkara itu boleh dibuktikan menerusi laporan bertarikh 17 Oktober 2020, apabila terdapat seramai 2,688 pegawai polis telah dikuarantin akibat terdedah dengan wabak COVID-19.


Malah, Anwar juga mendapat tahu dengan lebih terperinci mengenai isu kebajikan polis ketika pertemuannya bersama pegawai-pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Beliau kecewa dengan keadaan yang dihadapi polis ketika ini, dan menjadikannya sebagai satu peringatan bahawa polis juga merupakan pasukan barisan hadapan.


"Berdasarkan maklum balas dari beberapa pegawai yang memberitahu saya secara tertutup, masalah tersebut jauh lebih parah dan membimbangkan.


"Di bawah hujan dan panas, pasukan polis terus terdedah dengan ancaman virus, meski dilengkapi dengan pelitup muka N-95 berjam-jam lamanya.


"Tatkala meningkatnya permintaan di kala PKPB, ditambah pula dengan pengendalian wabak yang buruk di Sabah, dan juga kegagalan pengurusan di Kementerian Dalam Negeri dalam menyediakan sut PPE kepada pegawai yang bertugas telah meletakkan mereka dalam zon yang berisiko tinggi.


"Tambahan pula, mereka hidup dengan risiko wabak yang mampu terjangkit kepada orang yang berada di sekeliling mereka dan ahli keluarga," katanya.


Justeru, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menggesa kerajaan supaya mengambil berat terhadap kebajikan polis bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dalam keadaan yang selamat.


"Saya bersimpati dengan nasib dan keadaan mereka kini. Saya percaya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mesti tingkatkan usaha dalam memastikan perlindungan penuh dan munasabah diberikan kepada pasukan polis. Mereka tidak hanya mengawasi pintu-pintu masuk, malah bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara.


"Saya menggesa pihak bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai polis, warden-warden penjara dilengkapi dengan perlindungan kesihatan dan keselamatan yang mencukupi seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan gogal.


"Ini tidak hanya untuk melindungi mereka dari ancaman wabak, malah untuk rakan-rakan dan ahli keluarga juga, sama ada yang tua mahupun yang muda," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page