top of page

Pasukan khas bantu 550 pekerja Goodyear akibat kilang tutup



Sebuah pasukan khas hasil inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ditubuhkan bagi membantu 550 pekerja yang terjejas susulan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam.


MIDA dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan tersebut akan membantu menyelaraskan penempatan semula pekerja serta menawarkan program peningkatan kemahiran serta latihan semula kepada pekerja terbabit.


"Melihat kepada kejayaan usaha terdahulu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia yang baharu untuk memudahkan bantuan penempatan pekerjaan daripada pelbagai sektor.


"Usaha kerjasama ini menunjukkan potensi mekanisme sokongan yang berkesan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peralihan dan daya tahan tenaga kerja," kata kenyataan itu.


Menurut MIDA, langkah intervensi itu bukti komitmen kerajaan dalam menyokong tenaga kerja yang terjejas untuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu, menerusi pendekatan sebelum ini bersama syarikat yang melaksanakan rasionalisasi atau pengecilan operasi.


Goodyear, bersama-sama pemegang sahamnya, telah menyelaraskan satu rangka kerja sokongan untuk pekerjanya sebelum memutuskan untuk menutup kilangnya di Shah Alam itu.


Perkembangan itu merupakan sebahagian daripada langkah operasi global Goodyear bagi mencapai penjimatan kos tahunan sebanyak AS$1 bilion (RM4.6 bilion) menjelang 2025.

Syarikat itu menanggung kerugian sejak 2017, mendorong peralihan strategik ke arah mengoptimumkan operasinya, menurut MIDA.


Terdahulu laporan sebelum ini menyebut Malaysia mencapai prestasi pelaburan bersejarah pada 2023 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion, tertinggi dalam sejarah melibatkan pelbagai sektor sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap prospek ekonomi negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page