top of page

Pasukan keselamatan diarah pantau adu domba agama, perkauman



Pasukan keselamatan diarah untuk memantau pihak tidak bertanggungjawab yang sedang berusaha untuk mengadu domba rakyat menggunakan isu agama sempit dan perkauman.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya tengah hari tadi.


Menurut beliau, Malaysia terbentuk dengan masyarakat berbilang kaum dan usaha perlu terus dilakukan agar kehidupan antara kaum terus berjalan harmoni.


"Kerajaan ini dasarnya ke arah Malaysia Madani. Teguh dengan akhlak, kukuh dengan semangat menyatukan pelbagai kaum dan agama.


"Kita inklusif. Jadi kenyataan tidak bertanggungjawab tidak boleh diguna pakai. Kita tidak boleh lari daripada Malaysia yang harus aman, tertib, dibangunkan oleh Melayu dan Bumiputera, Cina, India serta suku kaum lain.


"Saya ingin tegaskan kita tidak boleh bertolak ansur atas sebarang usaha oleh sesiapa pun yang cuba mengadu domba, hangatkan suhu kaum di negara ini. Tidak akan diizinkan.


"Saya arahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang yang terdesak atau tercabar akan menggunakan sentimen ini dan rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan apa apa kekacauan," katanya.


Dalam pada itu, Anwar menekankan beliau mendapat sokongan padu seluruh anggota kabinet Kerajaan Perpaduan untuk bertindak memastikan kedamaian dipertahankan dan berjalannya hukum di Malaysia.


"Saya tegaskan, kabinet bersama dalam hal ini mempastikan bahawa keamanan, perdamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur sedikit pun terhadap mana mana usaha menggganggu keselamatan," katanya.


Menjawab soalan wartawan apakah keadaan sekarang terkawal daripada adu domba perkauman, Anwar mengakui keadaan masih tenang.


"Sekarang ini keadaan terkawal tetapi ada usaha orang kehilangan kuasa untuk menggunakan ini, meniup sentimen kaum dan agama. Jadi sekiranya tindakan itu melampau, mengganggu gugat, pihak keselamatan akan keras dan tegas," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page