Pasukan Andre Lai janji Cabang Wangsa Maju akan lebih bertenaga



Calon Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai (gambar) mengharapkan anggota parti akan mengekalkan pasukan sedia ada dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Menurut beliau, pasukannya telah melakukan khidmat sebaik mungkin sejak pemilihan 2018 lalu dengan bekerja membantu rakyat dan menjalankan pelbagai program kemasyarakatan di kawasan berkenaan.


"Selama 4 tahun ini, kami konsisten menyelesaikan masalah rakyat, menyantuni keperluan mereka dan memain peranan penting ketika pandemik Covid 19 melanda.


"Barisan AMK juga banyak menjalankan program kebajikan seperti agihan bantuan makanan, program sayur percuma kepada penduduk.


"Saya percaya dengan kepimpinan Azfar Aza Azhar yang bakal mengetuai barisan AMK pada waktu akan datang dapat meneruskan kesinambungan pemerkasaan AMK Wangsa Maju," katanya.


Kata Adre lagi, banyak kemudahan awam dan projek taman rekreasi baharu juga dilakukan dengan kerjasama Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Antaranya projek itu adalah taman rekreasi Tasik Danau Kota, Pemindahan Bazaria Uptown, Bantuan lebih 2000 bakul makanan dan beberapa yang lain.


"Terbaru, kami menyantuni penduduk Wangsa Maju di 15 lokasi Jelajah Berbuka Bersama komuniti-komuniti masyarakat di Wangsa Maju, program Sumbangan Hari Raya kepada 500 keluarga asnaf dengan kerjasama Ahli Parlimen dan kini, kami sambung dengan program rumah terbuka hari raya.


"Harapan kami, selepas dipilih menerajui Cabang Wangsa Maju kelak, pasukan kami akan meningkatkan lagi kerja-kerja sedia ada dan menyantuni sebanyak mungkin penduduk di Wangsa Maju," katanya lagi.


Selain Andre yang mempertahankan jawatan ketua cabang, calon lain ialah Mustafa Ghazanfar sebagai Timbalan ketua cabang, Azmee Abd Rahim, calon naib ketua cabang juga barisan AJK yang lain.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER