Pastikan kepercayaan rakyat terhadap SPRM kekal tinggi - Dr Maszlee



Tahap kepercayaan rakyat terhadap integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipastikan kekal tinggi.


Hal itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (gambar, atas).


Menurut beliau, pembangkang mendesak siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bukan kerana hal peribadi beliau tetapi menyangkut masa hadapan negara.


"Kita kena memastikann tahap integriti dan kepercayaan rakyat kepada agensi yang memerangi rasuah ini terus dipelihara.


"Sebarang elemen (meragukan) yang timbul perlu kita hilangkan. Isu yang melibatkan individu tertinggi dalam SPRM ini pada saya bukan sekadar beliau sebagai peribadi, tetapi masa depan negara.


"Kalau sayang negara, perlu pastikan insiden ini tidak akan berlaku lagi. Untuk semua agensi kerajaan, dari atas sampailah yang di bawah," katanya.


Dalam pada itu pengulas isu isu politik semasa di Twitter, aktivis Zack Rockstar (gambar, kanan) pula berkata, kasih sayang Azam Baki terhadap adiknya begitu membanggakan kerana sanggup meminjamkan akaun beliau dalam urusan membeli saham.


"Saya bangga sebab kita ada ketua SPRM yang sangat penyayang dengan adiknya. Itu mencerminkan sikap keluarga Malaysia.


"Saya sendiri pun ada dua adik. Mereka nak pakai akaun saya tak bagi, nak pakai akaun shopee saya pun saya tak bagi," sinisnya.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER