top of page

Pastikan bekalan cukup, kerajaan tambah kuota RON95, diesel



Sempena sambutan perayaan tahun ini, kerajaan memutuskan menambah kuota bekalan petrol bersubsidi RON95 dan diesel di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Mei depan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan bekalan bahan mentah tersebut mencukupi menampung keperluan pengguna sekaligus mengelak kejadian Mei tahun lalu yang menyaksikan beberapa stesen minyak dilapor mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar jangkaan susulan sambutan Aidilfitri.


"Bersempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Wesak yang akan disambut pada tarikh yang hampir dengan cuti umum Hari Pekerja pada tahun ini, KPDN mengambil maklum akan kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api.


"Bagi menampung keperluan tersebut, KPDN telah meluluskan permohonan kuota tambahan kepada syarikat syarikat minyak untuk diagihkan kepada 4,030 buah stesen-stesen minyak di seluruh negara bagi keperluan kenderaan-kenderaan persendirian dan kenderaan pengangkutan awam iaitu bas-bas ekspres serta bas henti-henti.


"Bagi tujuan ini, kuota tambahan sebanyak 1.2 juta liter iaitu 4% untuk petrol RON95 dan tambahan kuota sebanyak 1.1 juta liter iaitu 8 % untuk diesel bersubsidi telah diluluskan," katanya.

Dalam kenyataan sama, Salahuddin turut menggesa pengusaha stesen minyak memastikan tanggungjawab mereka untuk memastikan bekalan adalah mencukupi di stesen masing-masing.


"Pengusaha stesen minyak juga diingatkan untuk mematuhi waktu operasi stesen minyak dan tidak sekali-kali menutup stesen minyak seliaan mereka tanpa kebenaran dari KPDN," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page