top of page

Pastikan bantuan sampai terus kepada orang miskin - Zaidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Calon Pakatan Harapan (PH) N.06 Bandau, Zaidi Jatil (gambar) mahu memastikan semua bantuan kerajaan termasuk pembaikan dan pembinaan rumah lebih selesa kepada golongan miskin benar-benar sampai kepada sasarannya.


Beliau berkongsi pengalamannya masuk ke kawasan kampung-kampung di sekitar Bandau mendapati masih banyak rumah daif yang hanya menanti hari untuk roboh.

"Ada rumah sangat daif sebelum ini pernah kita beri sumbangan bina rumah baharu.


"Saya datang bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri (Kamil Munim), ada rumah berlantaikan tanah, berdinding, berbumbung zink di Bandau, bukan sebuah rumah, berpuluh kampung sangat menyedihkan," katanya dalam satu siaran video.


Zaidi yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah berkata hasil penelitiannya, kebanyakan penduduk miskin tidak menerima bantuan kerana kerana tidak dimasukkan dalam senarai sistem e-Kasih.


"Pengurusan di peringkat kampung dan daerah mungkin terlepas pandang, kadang-kadang di peringkat kampung ada kroni-kroni dan gerombolan masing-masing," ujarnya.

Rumah daif penduduk di DUN Bandau
Rumah daif penduduk di DUN Bandau

Dalam pada itu, Zaidi juga merancang untuk mengadakan Hari Bertemu Masyarakat sebagai platform terbuka supaya rakyat boleh menyampaikan terus isu dan keperluan mereka.


Jelasnya, inisiatif tersebut bertujuan mengelakkan kronisme dan penyelewengan serta memastikan bantuan sampai terus kepada pihak yang memerlukan.


Melalui cara itu Zaidi mahu hilangkan jurang antara wakil rakyat dan masyarakat setempat selain membolehkan mereka menyuarakan terus masalah tanpa melalui orang tengah.


"Bandau...Kota Marudu ini dikenali sebagai daerah termiskin di Malaysia, sebab keluarga banyak daif tetapi banyak bantuan diseleweng, kadang-kadang sudah dapat boleh tukar nama...ini masalah di Sabah, bukan sebab orang Semenanjung..kerja orang Sabah.


"Jadi sebab itu saya mahu pastikan bantuan kerajaan sampai kepada rakyat, nak elak kroni atau orang lantikan kita menyeleweng," ujar beliau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page