Pasleaks: Ahli peringkat bawahan mula meragui kepimpinan Pas



Kontroversi 'Pasleaks', pembocoran dokumen yang didakwa minit mesyuarat kepimpinan Pas berbincang bersama pemimpin kerajaan tertentu untuk menyegerakan perbicaraan terhadap tokoh tokoh Umno biarpun dianggap sampah oleh kepimpinan Pas namun kepada pengamat politik Malaysia, mereka percaya terdapat sesuatu telah didedahkan dalam kontroversi berkenaan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, isi kandungan Pasleaks tidak mustahil benar benar berlaku memandangkan pendirian politik pemimpin Pas sering berubah ubah


"'Kalau tak ada angin pokok tak bergoyang' dan kalau kita tengok latar belakang Pas di bawah kepimpian HJ Hadi memang caca marba.


"Kalau Pas di bawah Nik Aziz kita tahu Pas yang mantap pegang pada prinsip. Pas bawah Hj Hadi nampak berbezaan sangat ketara.


"Watak Pas berubah 360 darjah sejak Hj Hadi mula berjinak jinak pakai baju pink dalam himpunan perpaduan umah (2016). Kemudian menyokong Najib 100%. Ini satu benda luar biasa yang dia buat, kononnya untuk penyatuan Melayu.


"Tetapi bila Dr Mahathir (Pakatan Harapan) jadi PM dia sokong, Muhyidin (Bersatu) jadi PM, dia sokong. Kemudian datang Ismail Sabri dari Umno pun Pas sanggup duduk dalam kerajaan," katanya.


Menurut Azan, kepimpinan Pas yang mudah mengalih fatwa dari haram kepada halal amat jelas tidak konsisten dalam berpolitik dan tidak boleh dipercayai.


Jadi, katanya tidak mungkin Pas akan mengaku dokumen Pasleaks itu benar berlaku,


Namun di peringkat bawahan, jelas Azan, ahli mula tidak yakin kerana dalam 5 tahun kebelakangan ini terlalu banyak peristiwa yang bertentangan dengan pemikiran ortodoks ahli Pas benar benar terjadi.


"Dulu kalau kerajaan BN memang mati hidup balik tak akan joint kerana sumpah yang dibuat oleh parti Pas yang Umno kafir.


"Tetapi bawah kepimpinan Hadi perkara yang amat pelik berlaku.


"Memang Pasleaks ada yang kata dokumen itu sampah. Namun (itu mungkin) kaedah mengenepikan bocornya maklumat perbincangan pimpinan Pas, setelah terkena ke batang hidung mereka," katanya.


Justeru mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau tidak terkejut apabila terdapat ahli Pas di peringkat bawah yang mula merobah pendirian sedikit demi sedikit dalam setahun kebelakangan ini.


"Kerana Pas sebenarnya bukan berbentuk begini. Ahli di peringkat bawah saya percaya terkejut dan mereka marah. Mereka tidak lagi menaruh kepercayaan yang kukuh terhadap kepimpinan Pas pusat melihat perubahan jiwa Pas, dari Pas asal kepada Pas ketika ini yang jauh terpesong," ujar Azan lagi.


Dokumen Pasleaks yang didedahkan lebih seminggu lalu didakwa mengandungi minit mesyuarat pertemuan membabitkan pemimpin Pas dan beberapa ahli politik terkemuka termasuk daripada Umno.


Pertemuan itu didakwa berlangsung antara 24 Mac dan 7 April tahun ini bagi membincangkan rancangan politik menyegerakan hukuman penjara terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan kemnya.


Namun beberapa pemimpin Pas minggu lalu menafikan tuduhan itu dan menyifatkan dokumen tersebut sebagai "dokumen sampah".

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER