top of page

Pasca PRU 15: Malang jika sesetengah Melayu hidup berpandukan TikTok



Kuasa media sosial TikTok dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 tidak dapat dinafikan apabila PN - Pas menyapu bersih kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.


Cuma yang membimbangkan kandungan TikTok yang dihasilkan oleh tentera siber PN bukanlah bahan yang membina minda, malah majoritinya fakta separuh betul atau fitnah sama sekali.


Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, fenomena ini amat membimbangkan kerana kawasan yang dilihat mempercayai kandungan media sosial berunsur fitnah ini adalah dalam lingkaran Melayu (malay belt) dan menunjukkan kelemahan orang Melayu menganalisa fakta dan membuat keputusan.


"Sebenarnya sesuatu yang malang kalau betul semua ini, orang Melayu terkesan hanya kerana TikTok.


"Tiktok, Instagram tak salah. Bagi saya kita pun ada guna tetapi mesej yang nak disampaikan itu dalam bentuk yang terlalu mudah. Fitnah dan dimainkan (banyak kali), itu yang salah.


"Saya rasa ia menjatuhkan pemikiran masyarakat Melayu ke bawah. Bagi saya ia satu yang malang apabila masyarakat Melayu muda tidak perlu fikir, tengok TikTok apa yang influencer cakap, percaya," katanya.


Tambah Syed Ibrahim, hal yang berlaku ke atas sebahagian pengundi Melayu ini tidak sebagaimana dijangkakan oleh Pakatan Harapan bahawa mereka berfikiran matang dan cerdik.


Katanya, untuk jangka panjang Kerajaan seharusnya memandang serius masalah berkenaan dan memikirkan pelan pendidikan yang sesuai bagi meningkatkan pemikiran kritis orang Melayu.


"Untuk mengelak benda ini terus berlaku, kita mesti menggunakan plaform media untuk sampaikan mesej dan penerangan kepada rakyat.


"Maksudnya bukan menggunakan mesej yang sama, tetapi mesti ada satu cara kita tangkis dan sampaikan dengan betul kepada rakyat.


"Kembalilah kepada mendidik dan menyampaikan mesej supaya rakyat cerdik," katanya lagi.


PN pada PRU 15 berjaya mendapat 54% sokongan Melayu tetapi hampir tidak mendapat sokongan etnik Cina dan India yang lebih berfahaman sederhana dalam negara majmuk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page