top of page

Pasca PRN Melaka: Perlu bincang isu logo KEADILAN di peringkat Majlis Presiden



Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dibincang secara serius dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, hari ini.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, antara perkata utama yang dibangkitkan berhubung kekalahan tersebut adalah kesilapan strategi menggunakan logo HARAPAN dan bukannya logo KEADILAN di Melaka yang mana separuh kawasannya adalah luar bandar, selain Prosedur Operasi Piawai (SOP) teramat ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


"Dari dapatan awal pimpinan, SOP yang dikenakan ke atas cara berkempen bagi PRU Melaka telah menyukarkan proses pengenalan calon-calon baharu serta logo yang berbeza dari yang dibawa pada Pilihan Raya Umum ke-14.


"Hal ini telah ditekankan pimpinan dan akar umbi KEADILAN dari awal bagi PRU Melaka. Namun oleh kerana KEADILAN memahami sikap sahabat-sahabat di dalam PH pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut," katanya.


Sehubungan itu, Fahmi berkata, MPP bersetuju untuk membawa isu logo berkenaan ke dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan datang bagi dibuat sebarang keputusan lanjut mengenainya.


"Ke hadapan, KEADILAN berpandangan wujud kewajaran logo KEADILAN digunakan semula.


"Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat PH yang akan datang," katanya lagi.



"

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page