Pasca PRN Johor: Kebanyakan rakyat merupakan pengundi ekonomi



Kajian data menunjukkan majoriti pengundi di Malaysia adalah pengundi yang cenderung kepada isu isu ekonomi dan tidak terlalu setia kepada satu satu parti.


Hal ini diungkapkan oleh aktivis KEADILAN Rafizi Ramli dalam forum Terus Terang, malam tadi.


Dapatan kajian itu mungkin boleh merumuskan punca utama 20% pengundi tradisi Pakatan Harapan (PH) tidak keluar dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor.


"Apabila kita lihat semua data dan kajian. Data di peringkat nasional, di peringkat bawah, bahawa sejak 2016 kelihatan gelombang itu gelombang rakyat yang mahu perubahan.


"Pengundi yang banyak kita dapati adalah pengundi ekonomi. Mereka ini tidak ada kesetiaan kepada parti dan mereka tidak terpengaruh sangat dengan soal perkauman.


"Sehingga sekarang isu perkauman tidak pernah lebih 9% (daripada seluruh isu yang dibincang pengundi). Bila ditanya kepada pengundi isu apa yang paling penting, untuk didengar dari ahli politik, maka isu ekonomi yang utama.


"Dari 2018 lagi saya sebutkan jalan untuk kemenangan ialah jalan untuk penyelesaian isu rakyat. Iaitu dasar, inovasi, bagaimana kita boleh yakinkan rakyat kalau kita ambil beberapa dasar ia boleh mengubah keadaan," katanya.


Menurut Rafizi lagi, perbezaan pendapat beliau dengan kalangan pimpinan PH lain adalah mengenai akan berlakunya tsunami sokongan jika tokoh tokoh tertentu diambil sebagai pengemudi perjuangan.


Katanya, era rakyat mengikut batang tubuh seseorang pemimpin telah berlalu. Rakyat pada era maklumat di hujung jari lebih bijaksana dalam memilih.


"Saya rasa rakyat tak bodoh. Datang seorang dan dia ikut semua adalah pandangan ketinggalan zaman


"Gen X macam saya dah 40an pun tak percaya apatah lagi gen Z. Dulu zaman 1960an lainlah.


"Sebab itu dalam PH sebelum 2018, pandangan begitu memberi terlalu banyak kekuatan politik kepada watak seperti Tun Mahathir. Ada segelintir kita taksub bahawa tak ada Tun kita tak menang.


"Itu menunjukkan mereka agak terpisah dari realiti rakyat. Dia tak sedar rakyat nak berubah soal gaji dan sebagainya.


"Sekarang kalah maka timbul balik kita ambil tokoh itu, kita bergabung dengan yang ini. Saya tak nampak semua itu akan membantu kerana akhirnya watak pengundi itu tidak berbeza.


"Watak pengundi dalam 100%, 60% adalah pengundi ekonomi. 60% ini Atas Pagar. Saya kurang setuju kalau PH sibuk cari jalan dengan siapa nak bergabung. Kalau kita bergabung akan ada kompromi. Terpaksa buat kompromi mengenai dasar, bergaduh siapa nak jadi pemimpin," ujarnya.


Justeru, Rafizi mencadangkan untuk menang Pilihan Raya Umum ke 15 PH harus keluar dengan naratif baharu.


PH perlu membayangkan untuk meningkatkan tahap ekonomi negara yang masih dalam kerangka teknologi lama kepada revolusi industri masa hadapan yang lebih rumit dengan menaiktaraf pendidikan, teknologi dan budaya kerja.


"(Misalnya) ambil simpanan KWSP memang Menteri Kewangan Zafrul pening kepala kerana Malaysia telah terperangkap sistem ekonominya selepas 40 tahun, yang mana satu satunya sumber simpanan paling besar dalam negara ini milik rakyat, baik dalam KWSP, TH dan sebagainya


"Ekonomi walau berkembang 4% ia tidak menjurus ke arah lebih tinggi. Syarikat kita dalam bursa saham masih lagi dengan perniagaan lama, pembinaan, hartanah yang nilai tambah tak tinggi.


"Kebanyakan GLC yang melabur KWSP, PNB dan sebagainya. Bila keluar duit (KWSP) dia akan ada kesan dalam pasaran saham kerana tidak cukup duit dilaburkan, kecairan dalam pasaran, akan jadi isu dan nilai saham menurun


"(Sebab itu ekonomi) perlukah systemic change. Macam mana nak bayar gaji tinggi kalau kita tidak dalam bidang ekonomi lebih tinggi. Kita perlu menggunakan kepakaran otak, kreativiti kita maka boleh bayar gaji tinggi.


"Sebab itu kalau kita masuk pilihan raya kempen 'saya lebih baik dari BN dan PN', rakyat tak percaya. Rakyat nak tahu apa yang akan kamu buat berbeza dengan apa yang kerajaan buat sekarang," katanya lagi.


Rafizi turut tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa wakil rakyat perlu meningkatkan khidmat di kawasan kerana dalam kajian data, faktor turun padang hanya 17% dalam penilaian rakyat.


Malah, katanya BN pun membuat khidmat rakyat yang baik. Selebihnya, tegas Rafizi, adalah naratif gabungan politik tersebut, ke arah mana negara dan rakyat akan dibawa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER