top of page

Pasca pemilihan: 'Jangan wujudkan percanggahan, parti kelihatan bermasalah'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 8
  • 2 min read
ree

Pergeseran berterusan biarpun selepas Pemilihan KEADILAN 2025 tidak wajar dibiarkan berlanjutan.


Bagi pemimpin KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, wujudnya perbezaan pendapat, ketidakpatuhan kepada pentadbiran parti atau presiden hanya akan menyebabkan parti "kelihatan" bermasalah sedangkan hakikatnya tidak begitu.


Pada pendapat beliau, keputusan telahpun dibuat oleh perwakilan pada 23 Mei lalu. Maka waktu selepas itu adalah untuk bekerja menguatkan kembali parti dan mentautkan anggota yang terpisah.


"Sebenarnya parti tidak ada masalah kalau kepimpinan semua peringkat dan anggota berdisiplin mematuhi arahan dan berusaha menjaga nama baik parti.


"Bukan mewar-warkan sesuatu yang berbentuk spekulasi dan naratif negatif atau menajamkan perbezaan pendapat yang membawa kesan langsung terhadap parti, seterusnya menjejaskan nama baik KEADILAN dan nama baik presiden," kata Abun dalam kenyataan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, sebagai pemimpin dan anggota parti, semua pihak sewajarnya mendisplinkan diri dan menanti arahan presiden yang diberi secara langsung atau tidak langsung melalui timbalan presiden atau naib presiden sekiranya presiden sibuk menguruskan negara.


Katanya, jangan kerana ketidaksabaran menunggu dan ketidakpatuhan pada disiplin dan arahan menyebabkan ada pihak yang cuba membuat sesuatu sehingga kelihatan bercanggah dengan cara kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperlihatkan parti seolah olah berpecah.


"Bagi saya selagi nyawa seorang Anwar Ibrahim, sosok yang menyebabkan tertubuhnya parti reformasi KEADILAN dikandung badan, kita seharusnya serahkan pentadbiran parti ini berpaksi kepada beliau sebagai presiden.


"Beliau pun sedar diri sudah berusia, maka sabarlah. Akan tiba juga masa yang pelapis pimpinan parti (diangkat menggantikan) apabila beliau, Anwar Ibrahim tidak lagi memimpin parti.


"Kalau kita ada idea-idea bernas atau yang berbeza dengan kepimpinan utama maka salurkan kepada parti melalui saluran kepimpinan yang ada.


"Saya percaya kita ada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk dihubungi membawa idea-idea kita yang berbeza dan aman disalurkan," katanya.


Pada peringkat lebih rendah, kata Abun, sebaik baiknya idea atau teguran disalurkan dalam mesyuarat peringkat cabang yang boleh dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri.


"Bukan ledakan (menyatakan) ketidakpuasan di depan umum yang hanya akan diputar belit oleh musuh kita. Kalau kita benar - benar sayangkan parti atau presiden, kita wajar salurkan idea melalui saluran parti sedia ada.


"Ke depan, saya cadangkan perbezaan pendapat ini disalurkan melalui saluran dalaman parti. Takut disalah erti atau diputar belit oleh pihak musuh," katanya lagi.

5 Comments


jadedeny
Aug 16

KUWIN là nhà cái ra đời từ năm 2012, tại Anh Quốc và hiện đang rất hot trên thị trường thế giới. Đơn vị có nhiều ưu điểm tuyệt vời, hoạt động an toàn, minh bạch và chuyên nghiệp nên luôn thu hút khách hàng, giúp mọi người yên tâm tuyệt đối khi làm giàu online.

Like

jadedeny
Aug 16

58WIN chính thức hoạt động trong lĩnh vực cá cược trực tuyến từ năm 2018 và đã chiếm được vị thế vững chắc tại châu Á. Hiện nay, chúng tôi trở thành điểm đến lý tưởng của hơn 6.000.000 thành viên và nhiều khách hàng đến từ khắp nơi trên thế giới.

Like

jadedeny
Aug 16

https://may88club.io/ Nhà cái cá cược uy tín hàng đầy Việt Nam với nhiều trò chơi cá cược hấp dẫn và khuyến mãi khủng.

Like

jadedeny
Aug 16

https://min88.cam/ là sân chơi cá cược trực tuyến siêu hấp dẫn cho mọi thành viên tham gia. Tại đây quy tụ hơn 100 tựa game hot cùng cơ chế đổi trả thưởng nhanh chóng nhất.

Like

Tony Carrillo
Tony Carrillo
Jun 08

De uitgebreide spelbibliotheek van het platform zorgt ervoor dat er voor ieder wat wils is, van klassieke tafelspellen tot moderne videoslots met verbluffende graphics. Bovendien maken de naadloze navigatie en de uitstekende klantenservice https://www.gamesfree.ca/read-blog/53113 de algehele ervaring plezierig en betrouwbaar. Het is een veelzijdige bestemming voor zowel casual als doorgewinterde spelers.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page