top of page

Pasca lawatan Xi Jinping: PM arah semua MoU perlu dilaksanakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 23
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani antara Malaysia dan China perlu dilaksanakan.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, Kementerian Luar Negeri diarahkan untuk menyelaras pelaksanaan bagi MoU yang telah ditandatangani ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping minggu lalu.


"Hasil antara lain 31 MoU dengan China. Arahan PM semua MoU perlu segera dilaksanakan dan Kabinet memutuskan bahawa Kementerian Luar akan menjadi kementerian yang akan menyelaras pelaksanaan," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.


Lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia minggu lalu amat berjaya mewujudkan peluang perdagangan
Lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia minggu lalu amat berjaya mewujudkan peluang perdagangan

Sebagai contoh, kata Fahmi, Menteri Pengangkutan dalam satu acara baru baru ini telah menyebut twin hub di antara lapangan terbang KLIA dan lapangan terbang di Henan, China.


"Ini satu perkara yang menyaksikan perkembangan yang agak pantas dan beberapa pertemuan telah diadakan dalam beberapa hari kebelakangan ini," tegasnya.


Tegasnya, perancangan kerajaan adalah untuk memastikan kesemua MoU yang ditandatanani akan dapat dilaksanakan pada kadar segera.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page