top of page

Pasca GSF: Gerakan antarabangsa dicetus, PMX diangkat tokoh bela Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Serangan tentera Israel ke atas konvoi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah mencetuskan satu gelombang solidariti antarabangsa bagi menentang kezaliman Israel terhadap Palestin.


Menurut Exco Wanita KEADILAN Pusat, Rozy Razid, keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam isu penahanan haram oleh rejim zionis itu telah mengangkat pendirian tegas Malaysia di peringkat global, menjadikan beliau tokoh penting dalam memperjuangkan isu kemanusiaan Palestin.


"Serangan Zionis ke atas GSF menjadi titik tolak kebangkitan gerakan global mengecam Israel, sementara Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim terus menonjol sebagai suara dunia yang mempertahankan kemanusiaan dan solidariti sejagat.

 Rozy Razid
 Rozy Razid

"Kita mesti terus menekan kerajaan dan pertubuhan antarabangsa agar bertindak tegas. Bukan sekadar dengan ucapan, tetapi melalui tindakan nyata seperti bantuan kemanusiaan, diplomasi aktif dan tekanan ekonomi.


"Tindakan berani PMX di pentas antarabangsa telah membina imej Malaysia sebagai negara yang konsisten mempertahankan nilai kemanusiaan dan keadilan sejagat.


"Isu Palestin bukan pentas politik tempatan, tetapi medan kemanusiaan dan prinsip. Dalam hal ini, Malaysia menunjukkan keberanian moral yang luar biasa," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu Rozy berkata, pendekatan provokatif atau politik emosi seperti yang diamalkan sesetengah pihak termasuk pembangkang pada peringkat politik domestik hanya akan menjejaskan imej kesatuan nasional.


"Isu Palestin bukan ruang untuk membuktikan siapa lebih Islamik atau siapa lebih prihatin. Apa yang perlu ialah kebijaksanaan, bukan kemarahan semata-mata.


"Sedangkan dunia kini melihat Malaysia sebagai suara moral dan diplomasi yang lantang dalam menentang kezaliman Zionis," katanya lagi.


Sehubungan itu, Rozy menyeru rakyat Malaysia agar tidak terperangkap dalam perbalahan politik sempit, sebaliknya bersatu atas dasar kemanusiaan untuk memperkukuh sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page