top of page

Pasca banjir: Kerajaan Persekutuan perlu beri lebih banyak peruntukan bantu mangsa



Kerajaan Persekutuan digesa memberi lebih banyak bantuan kepada mangsa mangsa banjir termasuk menggantikan barang barang keperluan asas rumahtangga yang musnah.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat mengeluarkan wang KWSP untuk menampung belanja membeli barang keperluan asas seperti peti sejuk, mesin basuh, perabot dan sebagainya.


"Kalau tanya saya, tidak perlu ambil wang pencarum KWSP untuk banjir sebab dia dalam keadaan kesusahan dan simpanan (golongan B40) terlalu terbatas.


"Dalam keadaan seperti ini tanggungjawab kerajaan untuk meringankan jadi (beri bantuan) RM1,000 tak boleh. RM1,000 jaminan apa? Jaminan barang keperluan diberi balik (didermakan kepada mangsa) bolehlah. Tapi kalau ini pun tak ada, pinjam tidak ada, masalahlah. Saya minta PM dengar keluhan di bawah," katanya dalam kunjungan memberi sumbangan ke kampung Ismail di Ampangan, Negeri Sembilan yang terkesan banjir.


Mengenai skim pinjaman mudah mangsa banjir oleh institusi kewangan, kata Anwar, hal itu hanya berkesan kepada golongan sederhana dan bukannya B40 yang kurang kemampuan membayar balik.


"Sekarang diberi kemudahan pinjaman, tetapi kepada orang miskin kesan sangat parah buat mereka. Sekarang beri RM1,000. Kerajaan Negeri beri RM1,000 untuk makan seminggu dua selesai. Kemudian bantuan lepas seminggu atau 2 minggu (sepatutnya) buat inventori apa kerugian mereka yang asas. Itu mesti ditampung oleh kerajaan.


"Saya tak mahu sebut, ada orang perlu RM10,000 ada lebih. Kalau buat inventori yang basic, itu boleh ditampung. Kalau wang (kerajaan) tak ada, saya jawab tangguhlah projek raksasa, HSR, ECRL, DNB, ini berpuluh bilion. Tangguhlah, bayar rakyat dulu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page