top of page

'Pasang Jalur Gemilang, abaikan pihak cuba gertak, takut takutkan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 17
  • 2 min read

Datuk Fahmi ditemui pemberita usai Majlis Perasmian Program Penyemarakan Seni Budaya # Komuniti Pantai Dalam 2025
Datuk Fahmi ditemui pemberita usai Majlis Perasmian Program Penyemarakan Seni Budaya # Komuniti Pantai Dalam 2025

Rakyat Malaysia diseru terus memasang Jalur Gemilang sepanjang musim kemerdekaan dan Hari Malaysia.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata rakyat tidak seharusnya berasa gentar terhadap mana mana pihak yang mungkin akan mengertak mereka sekiranya terdapat sebarang isu terkait Jalur Gemilang yang dipasang.


Beliau mengulas isu perarakan yang dianjurkan beberapa parti politik pembangkang pada Khamis lalu di Kepala Batas, Pulau Pinang yang cuba menakut nakutkan pihak melakukan kesilapan memasang Jalur Gemilang.


"Kita dalam suasana nak menyambut merdeka tindakan beberapa pihak ini ... maklum balas yang saya terima di kalangan beberapa warga, mereka berasa risau sekiranya mereka tersalah pasang adakah kumpulan ini akan datang gertak mereka.


"Jadi itu sebab dalam ucapan, saya berikan mesej... kibarkan Jalur Gemilang, rasa bangga dengan Jalur Gemilang.


"Jangan biarkan mana mana pihak cuba takut takutkan kita. Itu tidak betul. Jangan benarkan mana mana pihak membuli rakyat Malaysia dalam isu Jalur Gemilang," katanya ditemui pemberita usai merasmikan Program Penyemarakan Seni Budaya # Komuniti Pantai Dalam 2025.


Menurut Fahmi sikap yang betul perlu diambil, iaitu tidak perlu herdik atau ugut sesiapa yang melakukan kesilapan kerana kesilapan memasang bendera boleh ditangani secara undang undang. Malah, kata beliau rakyat Malaysia seharusnya membantu membetulkan sebarang kekurangan pada Jalur Gemilang secara sukarela.


Manakala berkenaan bantahan DAP mengenai sikap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang memanaskan isu kesilapan memasang bendera, Fahmi berkata, rakyat Malaysia tidak perlu mengambil tindakan di luar landasan undang undang dalam isu tersebut.


Beliau juga kesal dengan perarakan yang berlaku di Pulau Pinang baru baru ini sehingga komponen Kerajaan Perpaduan, DAP membantah sikap Dr Akmal.


"Kita perlu faham mengapa rakan rakan DAP menyuarakan pandangan itu. Kejadian berlaku di DUN Bertam di bawah Datuk Seri Rizal Merican. Saya lihat cara Datuk Seri Rizal menguruskan isu itu sangat baik.


"Apa pun kita serah kepada pihak berkuasa ambil tindakan. Dari segi parti parti politik, saya pohon kita mencari jalan terbaik untuk pastikan semua pihak faham dan redakan keadaan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page