top of page

Pas tuduh PH komunis kenapa tak suruh polis siasat masa jadi kerajaan? - Sani Hamzan



Pas parti paling banyak menuduh Pakatan Harapan (PH) diresapi pengaruh komunis semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dipersoalkan mengapa mereka tidak mengarahkan pihak polis melakukan siasatan ketika parti itu pernah berkuasa dalam Kerajaan Persekutuan.


Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata demikian selepas memimpin laporan polis ke atas parti parti pembangkang yang memainkan isu perkauman dalam kempen PRU 15 lalu.


"Yang buat fitnah ini daripada Parti Islam Semalaysia, Pas.


"Dia jadi kerajaan PN (2020 - 2021) kemudian bila Ismail Sabri jadi PM pun dia jadi kerajaan. Masalahnya, kenapa kamu tak siasat kami PH?


"Kamu tuduh kami macam macam. Kamu tuduh LGBT, komunis, kamu tuduh kita nak mengkristiankan negara, nak buang raja, buang Islam. Kamu tuduh mereka tak undi kamu masuk neraka, kemudian kata kamu nak bunuh orang kafir.


"Politik apa yang nak dibawa dalam negara? Sudah 65 tahun merdeka, sepatutnya politik kita ini matang, politik sejahtera, politik akademik, integriti. Fakta lawan fakta. Bukan fakta lawan auta," katanya dalam sidang media berhampiran IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari tadi.


Oleh itu, Sany menyelar sikap pelampau pemimpin Pas yang tidak mengutamakan keharmonian kaum demi mendapatkan kuasa dalam pilihan raya.


Katanya, pemimpin parti Islam itu sanggup membiarkan fitnah bermaharaja lela di Malaysia biar pun mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang menetapkan fitnah satu dosa besar.


"Saya nak minta YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar (memberi perhatian), negara kita dalam keadaan sangat bahaya kerana isu agama dimainkan oleh pelampau agama dalam PRU 15. Kalau undi PH tak boleh sembahyang, tak boleh pergi masjid, budak sekolah pakai skirt, tudung buka.


"Sebab itu kita nak beri amaran kepada PM. PM jangan seronok sangat, kena ambil tindakan sebab isu ini boleh menghancurkan negara yang kita cintai," katanya.


Sehubungan itu, Pengarah Mobilisasi Amanah itu mahu pihak polis melakukan siasatan segera dan bertindak tegas ke atas pemimpin parti pembangkang yang memainkan isu kaum dan agama bagi mengawal kerosakan yang semakin meluas, terutama dalam kalangan Melayu luar bandar yang kurang mendapat maklumat tepat.


"Kita tidak boleh benarkan pelampau agama yang ada ini memesongkan pemikiran rakyat. Juga anak muda yang ada. Kalau sayalah yang sebut Malaysia negara komunis, hari ini Sabtu, saya rasa tak sempat Sabtu depan, Khamis ini saya kena ambil.


"Kita minta pihak polis lakukan siasatan sewajarnya, dakwa mereka yang mainkan sentimen perkauman dan agama ini," katanya lagi.


Menurut beliau, laporan polis tersebut menamakan kira kira 10 pemimpin PN yang mengeluarkan kata kata hasutan, dan video tular mereka banyak berlegar di media sosial.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page