top of page

Pas terlibat dalam demokrasi, terdapat unsur falsafah - Wan Ji



Kritikan dan kempen politik yang dilemparkan ke atas Pakatan Harapan bahawa gabungan itu berjuang di atas landasan falsafah dan bukannya landasan Islam seperti mana perjuangan Pas tidak dipersetujui oleh pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin.


Menurut Wan Ji, Pas sendiri terlibat dengan demokrasi yang terdapat unsur falsafah di dalam sistem berkenaan.


Katanya, jika Pas setuju dengan konsep falsafah itu, bersaing dalam pilihanraya, begitulah juga parti politik lain.


"Demokrasi tidak ada dalam al-Quran dan hadis, demokrasi berasal dari falsafah Yunani kuno, Pas pula terlibat dengan demokrasi. Jadi, Pas juga terjebak dengan falsafah," katanya.


Mengenai hujah segelintir penceramah Pas bahawa perjuangan politik parti itu 'paling benar' kerana menolak falsafah dan bertepatan amalan ahli Sunnah wal Jamaah, Wan Ji berkata, politik sebaik baiknya tidak perlu dikaitkan dengan pegangan akidah.


"Dalam ahli Sunnah wal Jamaah, politik adalah urusan bagaimana mahu menjadikan rakyat mendapat kebajikan yang baik. Kalau Pas mengaitkan politik dengan akidah, bermakna Pas terpengaruh dengan faham khawarij atau syiah," kata Wan Ji lagi.


Kempen Pas dalam Pilihan Raya Negeri lalu terutama di negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung yang mengaitkan parti itu dengan perjuangan Islam, dan tidak mengundi Pas adalah menentang perjuangan Islam menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan majoriti umat Islam Malaysia.


Kempen berkenaan seolah olah mengembalikan Malaysia ke era takfiri dan Amanat Hj Hadi pada 1980an lalu yang banyak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page