top of page

Pas tadbir T'ganu, kadar inflasi negeri tinggi berbanding kadar nasional



Pemerintahan Pas di Terengganu pada penggal kedua yang digembar gemburkan sebagai hebat dan mengutamakan rakyat dinafikan dengan data inflasi mengikut negeri terbaharu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, data inflasi mengikut negeri setakat Februari baru baru ini menunjukkan Terengganu mencatat antara negeri yang tinggi kadarnya, sekitar 0.6% manakala peringkat nasional hanya 0.5%.


Bagi Ahmad Nadhir, kegagalan pentadbiran Menteri Besar (MB) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mengawal inflasi di peringkat negeri menunjukkan beliau tidak seharusnya diangkat untuk menjadi pemimpin peringkat pusat sebagaimana dicanangkan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman tahun lalu.


"Bila kita tengok pihak kerajaan Terengganu sering berlebihan apabila menilai kepimpinan MB Datuk Seri Ahmad Samsuri sebagai MB Terengganu sehingga dikatakan layak untuk menggantikan Datuk Seri Anwar pada PRK baru lalu


"Tetapi bila melihat data ini, bagaimana seorang MB yang sangat disanjung orang Pas gagal menurunkan kadar inflasi di Terengganu berbanding kadar inflasi di peringkat nasional


"Pihak Pas selalu bersikap terlampau memuji diri sendiri dalam meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir menyeru ahli dan penyokong Pas Terengganu agar lebih bermuhasabah dalam mengkritik Kerajaan Madani atau memuji kerajaan Pas yang tidak pun menunjukkan prestasi terbaik.


"KEADILAN Kemaman meminta penyokong Pas supaya kembali kepada data dan fakta dan menerima kenyataan


"Pimpinan mereka sentiasa meletakkan bahawa mereka lebih baik berbanding pihak lain, sedangkan data dan fakta tidak seperti itu," katanya lagi.


Dalam data kadar inflasi mengikut negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan dalam laman web OpenDOSM baru baru ini menunjukkan inflasi negeri Terengganu berada pada kadar 0.6%.


Kadar itu hanya di bawah negeri maju Pulau Pinang (1.3%) dan Selangor (0.7%).


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page