Pas sukar bertahan di Terengganu dalam PRU 15 - Azan Ismail



Perjuangan Pas yang tidak konsisten sejak 2016 kerana berhubung baik dengan Umno dan kemudian menyertai pula kerajaan 'tebuk atap' BN - PN menyebabkan banyak penyokong dan ahli bawahan mempersoalkan hala tuju sebenar parti Islam itu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap Pas di bawah kepimpinan Hj Hadi Awang kini tidak lagi dihormati oleh rakan dan musuh politik sebagaimana pada era Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat.


Katanya, bagi yang mengutamakan perjuangan Islam maka Pas tidak lagi sesuci ketika Nik Aziz memimpin parti itu dan mula beransur ansur menjauhkan diri.


"Saya yakin ahli Pas di peringkat bawah yang mempunyai jiwa Pas berasur ansur keluar parti secara senyap senyap, malahan ada yang terang terangan mengumumkan dan meninggalkan parti kerana merasa tertipu dan baru tersedar. Saya yakin ramai lagi yang akan tersedar.


"(Keluar Pas) berlaku trend kerana mereka tengok Pas tidak lagi memperjuangkan apa yang mereka janjikan, kerana tidak melaksanakan perjuangan agama Islam dan nampak pembohongan yang terang. Ramai ahli Pas yang kecewa seperti Takiri," katanya.


Bagaimanapun, kata Azan, terdapat juga ahli yang tidak selantang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali at Takiri tetapi telah meninggalkan Pas secara senyap senyap.


Sehubungan itu, kata Azan, beliau yakin Pas tidak akan mampu mempertahankan negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.


"Ada yang keluar Pas tetapi tidak buat pengumuman. Jadi trend mereka keluar Pas (di Terengganu), cuma tidak ada majlis perisytiharan keluar saja.


"Ahli Pas sebenarnya mempunyai pendirian sangat baik kerana mereka percaya pimpinan Pas silam memperjuangkan nilai sebenar tetapi bila mereka tengok pimpinan kini terpesong mereka keluar.


"Pimpinan Pas Terengganu tidak berjaya membendung lunturnya sokongan ahli Pas terhadap mereka dan saya yakin Pas tak akan dapat bertahan sebagai Kerajaan Negeri pada PRU 15," katanya lagi





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER