top of page

Pas Selangor berhimpun: Terima proses undang undang siasat Hj Hadi - Johari



Ancaman Pemuda Pas Selangor akan menganjurkan perhimpunan bantahan sekiranya Presiden Pas Hj Hadi Awang disiasat atas dakwaan beliau ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap melampau.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Johari Abdul, pemimpin Pas seharusnya menerima hakikat bahawa presiden mereka adalah rakyat biasa Malaysia yang tidak terkecuali di sisi undang undang dan perlu disiasat sekiranya melakukan pelanggaran hukum.


"Baru panggil (untuk polis siasat) kamu nak buat (himpunan), maknanya kamu tak mahu terima hakikat undang undang itu wujud, dan proses undang undang itu berlaku (tanpa mengira kedudukan)," katanya.


Bagaimanapun Johari berkata, himpunan jika dilakukan juga oleh Pas maka ianya akan menunjukkan parti tersebut tidak demokratik kerana Presiden KEADILAN misalnya melalui proses undang undang yang lebih teruk berbanding siasatan polis yang umum.


"Hadi manusia biasa, dia bukan maksum atau nabi. Dia ahli politik. (Jika) dia pernah ucapkan kata kata (tuduhan) dan dia kena bertangungjawab. Dia kena buktikan (setiap tuduhan), apa yang ditakutkan," katanya.


Johari tidak menolak mungkin tanggapan pemimpin bawahan Pas bahawa presiden mereka yang juga seorang ulama tidak akan melakukan kesalahan dan sebagainya.


Tanggapan seperti itu, katanya sesuatu yang tidak sihat dalam politik orang Melayu - Islam.


Kelmarin, Ketua Pemuda PAS Selangor berkata parti parti kerajaan jangan sesekali cuba bermain politik kotor atau membalas dendam.


Katanya, sekiranya agenda menyiasat Hj Hadi diteruskan maka pihak Pas akan mengadakan himpunan membantah hal itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page