top of page

Pas masih ingin terus 'tebuk atap' atau takut ramai MP sokong PMX?



Oleh: Helmi Mohd Foad


ANALISIS: Pas seolah-olah mendapat tonik baharu apabila Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya memang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.


Tokoh teknokrat yang sedang menerajui pentabbiran negeri Terengganu itu kini dicanang mahu diangkat sebagai calon PM untuk Perikatan Nasional (PN).


Samsuri atau lebih dikenalikan Dr Sam diangkat sedemikian rupa bukan sekadar dianggap tokoh yang berkemampuan malah lebih penting ialah beliau merupakan orang kepercayaan Haji Hadi, Presiden Pas.


Hj Hadi memberikan laluan kerusi Rhu Rendang yang dikuasainya sejak tahun 1986 kepada bekas Setiausaha Politiknya itu pada Pilihan Raya Umum (PRU)15. Begitulah Dr Sam menjadi orang kepercayaan Hj Hadi.


"Kepada Dr Samsuri, tanggungjawab lebih besar menanti," kata Hj Hadi dipetik.


Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengakui Pas ada agenda lebih besar dengan meletakkan Dr Sam sebagai calon sekali gus menghantar beliau ke Parlimen.


Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada 249 keseluruhan peti undi bagi PRK itu apabila meraih 64,998 undi menumpaskan calon BN, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.


'Cukup jumloh' kembali hidup


Pandangan menyatakan Pas sudah ada calon berkelayakan untuk diangkat sebagai PM turut dinyatakan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan bekas menteri Kabinet Khairy Jamaluddin.


Justeru itu, cerita tentang 'tebuk atap' yang sebelum ini asyik dicanang oleh pembangkang terutamanya hasrat ingin mencukupkan 'jumloh' sokongan Ahli Parlimen kembali hidup.


Dengan kehadiran Dr Sam, Pas boleh saja 'melanggar' sekutunya Bersatu bagi jawatan PM sekiranya benar Mahiaddin benar-benar mahu berundur selepas ini. Dengan penguasaan yang besar dari segi 'jumloh' Ahli Parlimen (MP), Pas sudah mampu mempunyai kata putus lebih besar selepas ini.


Isham Jalil yang baru dipecat sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah menyuarakan bahawa Dr Sam boleh menjadi PM sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 jika Pas berjaya meyakinkan UMNO untuk bekerjasama semula.


Katanya Pas memerlukan sokongan UMNO dan parti lain untuk menukar kerajaan.

"Jika Pas tidak berjaya mendapatkan sokongan parti-parti ini, maka ia tidak akan bentuk kerajaan.


"Namun sebaliknya jika mereka berjaya meyakinkan UMNO untuk bermuafakat semula, maka tidak mustahil Kerajaan Perpaduan ini akan tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Muafakat dalam masa terdekat," katanya baru-baru ini.


Pas mimpi di siang hari?


Persoalannya sekarang sekiranya benar ada hasrat itu, Pas sebenarnya ibarat bermimpi disiang hari. UMNO sudah tentu serik dengan perangai Pas dalam menjalinkan kerjasama politik sebagaimana berlaku dalam Muafakat Nasional sebelum ini.


Lagipun UMNO kelihatan semakin selesa bersama Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan MADANI dan berjaya mencipta kestabilan politik sama ada di peringkat Persekutuan malah di negeri-negeri seperti Perak dan Pahang.


Kalau tidak ada jalan lagi untuk tumbangkan kerajaan, tunggulah PRU-16. Hentikan segala cerita karut marut nak ambil alih kerajaan yang sedang diterajui dengan baik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.


Helah Pas tenggelam cerita MP PN lari


Bagi Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Azli Yusof, naratif yang cuba dimainkan untuk mengangkat Dr Samsuri sebagai PM itu sebenarnya satu helah Pas untuk menenggelamkan cerita tentang lebih ramai lagi wakil rakyat PN ingin memberikan sokongan kepada PMX.


Jelasnya memang pembangkang tidak henti berusaha untuk menukar kerajaan dan cuba menyakinkan ahli parlimen PN bahawa perkara tersebut bakal berlaku.


Namun katanya sehingga kini usaha 'tebuk atap' itu masih tidak nampak jalannya apabila tidak berlaku sebarang perubahan sokongan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.


"Jadi mereka cuba cipta suatu perkara baharu iaitu mencanangkan bahawa Dr Sam adalah calon PM bagi memberikan harapan kepada wakil rakyat PN," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.


Beliau yang juga Ketua Penerangan Pakatan Harapan Selangor berkata naratif tersebut ditimbulkan kerana Pas berasa khuatir apabila dikatakan lebih ramai wakil rakyat PN termasuk dari Pas akan memberikan sokongan kepada PMX selepas ini.


"Mereka buat cerita angkat Dr Sam sebagai PM...motif mereka bukan lagi nak tukar kerajaan, benda itu mustahil apatah lagi dengan berlakunya rombakan Kabinet semalam tetapi sebenarnya untuk halang ahli parlimen PN beri sokongan kepada PMX," ujarnya. - Suara Keadilan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page