top of page

'Pas Kelantan lemah mentadbir, utamakan retorik membangun bersama Islam'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Pas Kelantan gagal mentadbir negeri itu dengan cekap, demikian dakwa Mohd Hisyamuddin Ghazali (gambar).


Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz menyifatkan Islam itu sempurna, namun pelaksanaan oleh Pas dilihat jauh daripada mencerminkan kesempurnaan tersebut.


''Pas kata urus ekonomi ikut Islam, tapi Kelantan antara negeri paling tinggi kadar kemiskinan dan antara paling rendah KDNK per kapita di Malaysia.


''Hidup harmoni? Ya. Tapi hidup susah juga. Kaum lain hidup bersama, tapi peluang ekonomi sempit.


''Tanah rakyat dirampas guna Akta Pengambilan Tanah bayar murah. Orang Asli dihalau dari Tanah Adat untuk ladang dan pembalakan.


''Tiada perubahan signifikan yang melonjakkan taraf hidup semua kaum,'' kata beliau dalam satu muat naik di Facebook.


Syam Ghaz menyelar pihak pembangkang di negeri itu menggunakan cogan kata pembangunan 'berkat', sedangkan hakikatnya pemantauan lemah, terlewat daripada jadual asal dan gejala sosial pula semakin teruk melanda.


''Stesen bas kandang lembu tak siap, lebuh raya rakyat entah ke mana, air paip warna teh tarik.


''Jenayah zina, sumbang mahram, homoseksual dan gejala sosial meningkat mendadak. Apa bezanya Kelantan hari ini dengan (sebelum) 1990?'' soal beliau.


Menurut Syam lagi, rakyat memerlukan solusi dan bukannya retorik.


Kata Syam Ghaz, Islam bukan gagal tetapi Pas yang gagal mentadbir dengan cekap.


''Jangan sembunyi kelemahan di sebalik nama Islam. Cukup 35 tahun diberi peluang.


''Masa untuk rakyat tanya, adakah ini sebenar-benarnya 'pemerintahan Islam' atau hanya topeng politik?'' tanya beliau lagi.


Syam secara sinis juga menyatakan bahawa sudah tiba masanya Pas menghentikan retorik mendabik dada 'jual Islam'.


Realitinya beliau berkata, selepas 35 tahun memerintah, Kelantan masih kekal antara negeri yang paling gagal dan mundur di Malaysia.


''YB Pas tak reti (pandai) memerintah, rakyat menderita.


''Bukan soal agama, tapi soal pentadbiran lemah. Masalah air tak selesai, sampah tak diurus, pelabur lari. Di mana hikmah dan keberkatan yang dijanjikan?'' tanya beliau lagi.


Untuk rekod Pas memerintah Kelantan sejak tahun 1990 apabila Barisan Nasional kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah pada waktu itu, yang dianggotai Pas dan Semangat 46 selepas UMNO berpecah dua berikutan krisis dalaman pada 1987.


Sejak itu Kelantan tidak pernah menjadi negeri yang lebih baik, dan sering berada pada tahap Keluaran Dalam Negara Kasar antara tercorot di Malaysia dengan kadar kemiskinan paling tinggi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page