top of page

Pas kekal kerusi Kemaman, mentaliti 'Melayu terkepung' perlu ditangani



Pas mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman dengan calonnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendapat 64,968 undi berbanding calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,839 undi.


BN melakukan percubaan baik dengan menurunkan mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia sebagai calon langsung yang bukan ahli mana mana komponen BN.


Bagaimanapun, rekod baik mantan jeneral lima bintang itu ditolak ke tepi oleh pengundi Kemaman yang kekal dengan mentaliti 'Melayu terkepung' yang dimomokkan pembangkang sejak 2018 lalu.


Tidak dinafikan sebahagian pengundi Terengganu tidak begitu senang dengan pentadbiran BN yang melakukan pembaziran di negeri itu suatu ketika dahulu.


Namun mereka tidak sepatutnya terikat dengan propaganda Pas yang berlebihan menggunakan agama sehingga menganggap Kerajaan Perpaduan tidak Islamik dan tidak boleh diundi.


Calon BN pada Pilihan Raya Kecil Kemaman merupakan mangsa propaganda yang menanam pemahaman terkepung bahawa 'Melayu akan lenyap ditangan DAP' sekiranya menyokong Kerajaan Perpaduan.


Banyak usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki pemahaman rakyat Terengganu sebelum mana mana parti Kerajaan Perpaduan cuba meletakkan calon dalam sebarang pilihanraya di negeri berkenaan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page