Pas huru hara kena bala sebab sertai kerajaan khianat - Azan Ismail



Pasca Perhimpunan Agung Umno (PAU) pemerhati politik meramalkan hubungan Umno - Pas tidak lagi akan terjalin menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 beberapa bulan akan datang.


Dalam PAU, bukan sahaja perwakilan Umno mengecam Pas malah pemimpin kanan parti itu sanggup mengeluarkan kata kata kesat menyerang parti Islam berkenaan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, segala malapetaka yang berlaku di dalam Pas kebelakangan ini adalah akibat daripada dosa dosa pemimpin parti itu sendiri yang bersekongkol menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan 2 tahun lalu.


Kata Azan, berbanding pemimpin Umno, pemimpin Pas mengetahui hukum hakam agama dan tentunya mereka tidak wajar berbuat dosa hanya semata mata mahu menjadi Kerajaan Persekutuan.


"Umno ini bila 'habis madu sepah dibuang'. Itu pimpinan Pas sudah tahu tetapi oleh kerana dia taksub untuk berkuasa dan mahu merasa menjadi kerajaan, dia sanggup menyertai Langkah Syaitan.


"Sebelum ini ahli Pas telah ditanam prinsip dilarang berkhianat. Berdosa besar khianat. Apatah lagi khianat kepada mandat rakyat. Ini berkaitan dengan agama.


"Dosa ini kena hindari, jangan dekat, apa lagi buat. Tiba tiba pimpinan Pas menunjukkan teladan buruk meruntuhkan kerajaan. Meruntuhkan kerajaan haram hukumnya. Beratus kali diratib (kepada penyokong) tetapi dia sertai juga kerja itu.


"Dari situlah Pas menjadi bukan Pas lagi. Pas melanggar hukum agama. Jadi Pas kena badi dia sendiri


"Bila dia menceburkan diri dengan kekotoran, tak lama lepas itu Umno menghina dia, buang dia," kata Azan ketika dihubungi.


Menurut mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, huru hara dalam Pas ketika ini bukan sahaja terjadi di peringkat Persekutuan tetapi di negeri Terengganu sendiri pun rakyat melihat parti tersebut gagal mentadbir.


Malah kata Azan, ulama Pas seperti Ahli Parlimen Kuala Nerus dengan berani meninggalkan parti itu


"Ini bukan berita kecil. Keluar dari Pas kalau dulu macam keluar dari Islam. Tiba tiba pimpinan besar dia, Setiausaha Majlis Syura Ulama keluar Pas, umumkan begitu sahaja.


"Adakah maknanya keluar dari Islam? Tak ada, keluar Pas tak keluar dari Islam. Allah tunjuk kepada rakyat kerana penipuan Pas menggunakan agama, akhirnya jadi begini.


"Saya rasa nasib Pas di Terengganu tak ubah seperti nasib yang ditunjukkan YB Kuala Nerus, (Khairuddin) Takiri ini, dia tinggalkan Pas dan tak jadi kafir. Ahli Pas selama ini kena tipu," kata Azan lagi.


Ke hadapan, Azan meramalkan Pas akan dipersoalkan ahlinya sendiri, dipandang sebelah mata oleh Umno dan kemungkinan kehilangan kepercayaan rakyat dalam PRU ke 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER