PAS hina penganut Kristian, jejas keharmonian negara


Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh bahawa Kitab Injil telah terpesong bukan sahaja dianggap telah menghina penganut agama Kristian, malah akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.


Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata sikap pemimpin PAS yang mengkritik agama Kristian secara terbuka juga menunjukkan seolah-olah parti politik itu langsung tidak menghormati kepercayaan orang lain.


"Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil yang digunakan masyarakat Kristian di negara ini telah terpesong.


"Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau untuk memohon maaf.


"Pemimpin politik terutama PAS diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


"Jika rakyat tidak belajar apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman yang tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi.


"Kalau kita bertindak menggunakan isu-isu yang memecah belahkan kaum dan agama, perpaduan kaum tidak akan dikecapi," katanya dalam kenyataan.


Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menganggap pemimpin tidak boleh hanya bergantung kepada pegangan parti politik semata-mata kerana ia boleh menghancurkan perpaduan kaum.


"Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada sikap keterlaluan dan kesempitan.


"Jangan disebabkan ingin berkuasa dan inginkan sesuatu, kita ketepikan keharmonian yang ada pada hari ini.


"Kita perlu pelihara perpaduan hari ini demi kepentingan generasi akan datang. Sekiranya kita tunjukkan contoh yang buruk, itu akan mendatangkan bahaya kepada kita.


Seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio