top of page

'Pas berkuasa tidak buat apa, bila tiada kuasa banyak isu dimainkan'



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diingatkan tidak termakan janji dan retorik Pas.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Pas kebelakangan ini begitu celupar menuduh Kerajaan Perpaduan menindas agama Islam pada waktu mereka berkuasa selama 33 bulan (2020 - 2022) tidak pula kelihatan usaha untuk menguatkan Islam.


"Pengundi di sini terutama sekali di Kemaman, inilah sikap mereka (Pas). Bila tak berkuasa banyak isu mereka mainkan. Bila berkuasa judi pun dinaikkan dari 8 kepada 22 (cabutan sebulan)," katanya Ceramah Mega MADANI PRK Kemaman, malam tadi.


Berkenaan isu konsert kumpulan Coldplay dari Eropah yang dibenarkan oleh Kerajaan Perpaduan dan menjadi isu dalam kempen di Kemaman, Mohamad berkata, Pas juga didapati membenarkan konsert di Kelantan dan penyanyi wanitanya mendedahkan aurat.


"Saya dengar ramai marah kepada Pas, jangan. Mereka pun berubah. Dulu kalau nak tengok konsert boleh pergi Selangor. Sekarang boleh pergi Bachok.


"Jadi mereka nak liberal sikit, kamu marah. Mereka pun nak tengok konsert juga. Lebai lebai sekarang terkedu tengok konsert di Bachok. Aku pun tak gamak tengok.


"Itu di negeri Serambi Mekah," katanya menyindir.


Berkenaan calon PRK Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Mohamad berkata beliau sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sempat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dan amat menghormati pendiriannya untuk menjadi calon BN kali ini.


"Dulu masa saya jadi Menteri Pertahnan inilah jeneral tentera yang sambut saya. Saya mesyuarat berapa kali dalam Majlis Angkatan Tentera, dia bukan tahap Sarjan Hassan. Dia bukan Leftenan Adnan, ini Panglima ATM.


"Panglima angkatan tentera ini dalam tentera macam raja, dia berdehem orang lari.


"Askar Melayu diRaja kalau Kerajaan Perpaduan ini tak bela orang Melayu, takkan orang macam ini nak jadi calon kepada BN dan Kerajaan Perpaduan. Ini bermakna Melayu terancam, Islam terancam pudar sekarang ini kerana orang menawarkan diri menjadi calon belas Panglima ATM


"Dia pencen Turus 1, gaji berapa saya tak mau cakap, ada drebar, Pengerusi LTAT. Nak jadi Ahli Parlimen. Habis duit dia, bukan dapat duit. Tetapi dia nak berbakti kepada bangsa, agama dan negara," katanya disambut tepukan gemuruh.


Tegas Mohamad, Raja Affandi amat sesuai diundi oleh pengundi Kemaman kerana telah menunjukkan sifatnya yang sanggup berkorban untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Orang macam ini kita kena lantik jadi wakil rakyat. Bila sudah jadi wakil rakyat di Kemaman tentu membanyakkan lagi Ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan, inshaAllah jika dia bisik ke telinga PM mengenai kemajuan di sini, PM akan mendengar," katanya.



1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page