top of page

Parti Kerajaan Perpaduan pertahan pendekatan 'politik sederhana'



Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan bersepakat mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘politik kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.


Ketua Sekretariatnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata, ketetapan itu diambil hasil mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Seri Perdana Putrajaya, semalam.


"Dengan pendekatan kesederhanaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara," katanya.


Asyraf juga berkata, mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.


"Mesyuarat memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara dan kerukunan masyarakat pelbagai kaum," ujarnya.


Dalam pada itu katanya, majlis itu juga membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.


"Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.


"Penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera pilihan raya kecil parti-parti Kerajaan Perpaduan akan dipengerusikan bersama oleh Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page