top of page

Parlimen tempat paling selamat, kenapa tangguh sidang Dewan Negara? - Yusmadi Yusoff


Bangunan Parlimen merupakan antara tempat paling daripada virus Covid 19 berikutan 90% Ahli Parlimen dan Senator telah divaksin.


Bagi mantan Pengerusi Kaukus Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, arahan menangguhkan sidang Dewan Negara adalah sangat tidak wajar menggunakan alasan jangkitan Covid 19 di kawasan yang telah mempunyai 'imuniti kelompok'.


"Kami di Dewan Negara pada hari ini ingin menyatakan sikap terhadap apa yang berlaku terutama sekali keputusan menangguhkan persidangan 3 Ogos ini, kerana pandangan kami sebagai anggota Dewan Negara, pada Jumaat yang lalu kesemua kami telah datang untuk membuat ujian swab dan sebagainya.


"Kami faham Parlimen selamat untuk dijadikan tempat bersidang kerana hampir 99% telah divaksin. Kalau mengikut apa dijelaskan oleh kerajaan, ia telah berada dalam imuniti kelompok. Bermakna selamat


"Kami khuatir penangguhan ini bukanlah seperti dikatakan dan mungkin bermotif politik," katanya dalam sidang media laluan masuk bangunan Parlimen, pagi tadi.


Menurut Yusmadi lagi, kumpulan Senator yang tidak berpuas hati dengan penangguhan sidang tersebut telah menyediakan satu surat kepada Presiden Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim yang dianggap orang terbaik untuk menyelesaikan krisis berkenaan.


"Dalam kandungan surat ini kami nyatakan rasa kesal dengan penangguhan yang dibuat secara amat singkat.


Senator Yusmadi Yusoff menyerahkan surat kepada Setiausaha Dewan Negara meminta Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Rais Yatim menyelesaikan isu penangguhan sidang

"Yang kedua, kami kesal bahawa cara proklamasi dan juga Ordinan Darurat yang dibatalkan tanpa melalui dewan. Kami tahu di bawah Perlembagaan Perkara 150 (3) (untuk proses pengungkaian ordinan).


"Kami di Dewan Negara menunggu-nunggu (membahaskan usul dari Dewan Rakyat dari persepsi) pihak berkepentingan minioriti, Orang Asli, OKU, yang mana kami semuanya dipilih dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong


"Maksudnya, kami dinafikan untuk bersidang. Jadi kepentingan ini tidak dihormati. Kami rasa Tan Sri Speaker Dewan, Dr Rais mempunyai bidang kuasa untuk memperbetulkan keadaan," katanya.


Tegas Yusmadi, Dewan Negara tidak sewajarnya dipolitikkan kerana keanggotaan dewan itu bukan terdiri daripada ahli politik semata-mata tetapi juga golongan non partisan, wakil OKU, Orang Asal dan lain-lain.


"Saya beritahu rakan-rakan yang hadir hari ini, Dewan Negara ialah dewan semak imbang kepada Dewan Rakyat. Apa-apa ketidakpatuhan atau apa-apa ketidak aturan di Dewan Rakyat boleh diperbetulkan kami di Dewan Negara. Jadi kami beranggapan kami perlukan peluang tersebut demi rakyat," katanya.


Bekas Pengerusi Jawatankuasa Reformasi Dewan Negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan itu juga mahu Dewan Negara lebih cenderung membela kepentingan rakyat dan sama-sama memperkasa langkah kerajaan memerangi wabak Covid 19.


Sementara itu, Senator Raj Munni Sabu yang mengetuai Ahli-ahli Dewan Negara pagi tadi turut tidak berpuas hati dengan notis pemakluman penangguhan sidang dalam masa singkat.


"Kebanyakan bersama dengan kita ini lantikan Agong dan juga dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah


"Kita mahu menyebutkan wakil Orang Asli pun ada. Kita berada di sini kerana hari ini permulaan sidang khas Dewan Negara tetapi kita juga dimaklumkan dalam notis singkat sidang Dewan Negara ditangguh dengan alasan Parlimen tidak menjadi tempat selamat,


"Berdasarkan maklumat yang kita ada dari KKM, bangunan Parlimen berada dalam fasa 4 dan merupakan antara tempat paling selamat.


"Kita berasa kesal sidang ini ditangguhkan," katanya.


Turut hadir ialah Senator Dr Yaakob Sapari, Datuk Donald Peter Mojuntin, Datuk Husam Musa, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Manolan Mohamad, Laksamana (B) Mohd Imran Abdul Hamid, Dr Ahmad Azam Hamzah, Lim Hui Ying, Nga Hock Cheh, Alan Ling Sie Kiong, Andrian Banie Lasimbang, Kesavadas Achyuthan Nair dan Suresh Singh.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page