top of page

Parlimen Julai: Pinda Undang-Undang, Calon Lompat Kerusi Kosong


Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang menggesa sidang Parlimen pada Julai 2020 ini meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung 'lompat parti'. Katanya peruntukan sebelum ini, calon yang meletak jawatan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya untuk lima tahun sepatutnya tidak lagi terpakai.


Syarat itu perlu diganti dengan peruntukan Ahli Parlimen melompat wajib mengosongkan kerusi. Hal itu supaya apabila seseorang melompat parti maka dia perlu bertanding semula dalam pilihan raya kecil.


Undang-undang seperti itu akan menyelesaikan kemelut politik seperti Langkah Sheraton dan lain-lain.


Kedua, Lih Kang juga mahu Akta Sewa Beli dipinda bagi memperkuat langkah moratorium pinjaman. Beliau turut mendesak kerajaan melanjutkan moratorium yang akan berakhir pada September depan. Beliau melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu akan menyebabkan rakyat tidak mampu bayar balik pinjaman bank pada tahun ini.


Selain itu, rang udang-undang berkaitan SOP, penjarakkan sosial dan lain-lain juga harus dipinda.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page