top of page

Parlimen harus bersidang 8 Mac, ikut takwim sedia ada - Hassan Karim

Updated: Feb 26, 2021



Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berdolak-dalik lagi mengenai kewajiban mengadakan sidang Parlimen dalam waktu terdekat.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Muhyiddin perlu segera memutuskan tarikh berdasarkan keseriusan Yang di-Pertuan Agong semalam memanggil Spekaer Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dan Presiden Dewan Negara, Datuk Seri Rais Yatim bagi menyampaikan hasrat baginda mahu persidangan dilaksanakan semasa perintah darurat.


Bagi Hassan, beliau merasakan tarikh sebaik-baiknya PM memanggil sidang Parlimen adalah mengikut takwim yang telah dipersetujui sebelum ini, iaitu pada 8 Mac.


"Pada hari akhir sidang Parlimen tahun 2020 selepas Belanjawan 2021 diluluskan, pihak Parlimen telah mengeluarkan takwim sidang Parlimen bermula pada 8 Mac 2021 dengan upacara Majlis Perasmian Pembukaan oleh Yang diPertuan Agong.


"Maka saya cadangkan tarikh 8 Mac 2021 itu dikekalkan," kata Hassan kepada Suara Keadilan.


Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, Agong boleh menentukan sendiri tarikh sidang Parlimen tanpa nasihat dari PM Muhyiddin, lebih-lebih lagi katanya, dalam situasi darurat seperti sekarang.


"Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri, apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan," katanya dipetik.


Bagaimanapun, PM Muhyiddin sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk tarikh yang sesuai untuk sidang Parlimen.


Malah Muhyiddin juga tidak bertemu Speaker Parlimen bagi membincangkan tarikh tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page