top of page

Parlimen bakal guna tenaga solar mulai 2024 - Johari Abdul



Parlimen Malaysia dijangka menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai usaha ke arah masa depan yang lebih mampan.


Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Simposium Kewangan Lestari GoESG 2023 di ibu negara pada Jumaat.


Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Johari menjelaskan ia selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih (net-zero emissions) menjelang 2050 dengan Jabatan Kerja Raya kini sedang menyelesaikan proses tender bagi projek itu.

"Kami mungkin parlimen pertama di dunia yang menggunakan tenaga boleh baharu menjelang tahun depan … jadi tiada lagi karbon.


"Sebaik sahaja anda melangkah masuk (ke bangunan Parlimen), anda akan menghirup udara segar, oksigen yang bagus," katanya.


Beliau turut berharap inisiatif itu akan menjadi isyarat kepada jabatan dan agensi kerajaan yang lain untuk menyertai usaha menggunakan tenaga boleh baharu kerana ia lebih murah dan mesra alam.

Sebagai rekod, sasaran pelepasan karbon sifar bersih merujuk kepada pengimbangan pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca (GHG) melalui dekarbonisasi dan tenaga boleh diperbaharui yang penting dalam membantu mengurangkan jumlah GHG dalam atmosfera yang sekaligus memperlahankan kesan pemanasan global yang dianggap sebagai antara punca berlakunya perubahan iklim.

Sementara itu Johari berkata, keperluan mendesak untuk pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim di Asia Tenggara adalah penting di peringkat serantau.


Ekonomi ASEAN mesti terus memacu transformasi ekonomi ke arah menjadi rendah karbon dan berdaya tahan terhadap iklim supaya ia boleh berkembang maju dari segi sosioekonomi.


Beliau sementara itu percaya penggubal dasar berpegang teguh dalam komitmen mereka terhadap pembangunan mampan dan inisiatif pembiayaan hijau.


"Usaha ini penting dalam memastikan tiada masyarakat yang tertinggal ketika kita beralih ke masa depan yang lebih mampan.


"Walaupun kita melangkah dengan positif, perjalanan di hadapan memerlukan bukan sekadar komitmen, tetapi juga tindakan dan kerjasama yang merentas semua sektor," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page