Selepas kerajaan Perikatan Nasional ditekan untuk mengadakan sidang Parlimen lebih dari sehari, hari ini rakyat sekali lagi dikejutkan dengan status persidangan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan beliau menerima notis daripada Parlimen.
"Baru terima notis bahawa 18 Mei hanya akan ada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tiada persidangan selepas Titah Diraja," katanya menerusi Twitter miliknya.
Pendedahan itu menimbulkan kemarahan netizen.
"TSMY kena buktikan beliau cukup sokongn untuk memerintah..baru lah syok sikit nak memerintah..ini dok memerintah dalam getaq ini," kata pengguna media sosial Adib Ahmad dalam loghat Kedah.
"Habis isu ramai anak muda hilang kerja tiada pendapatan macam mana? Ramai sangat yang kebajikan mereka sangat-sangat memerlukan," kata seorang lagi pengguna media sosial Azira.
Netizen Shahrol Nizam pula berseloroh, "Mungkin jawatan GLC belum habis agih," katanya.
Sepatutnya kerajaan melanjutkan sidang Parlimen lebih sehari, bukannya memendekkan sidang satu hari menjadi sidang beberapa minit sahaja.
Apa yang PN takutkan sangat sebenarnya?
Comments