
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Akin meriuhkan sidang Dewan Rakyat hari ini apabila mengemukakan pantun yang menyentuh soal pengkhianatan, yang pernah dipopularkan oleh pemimpin Islam berpengaruh, Nik Aziz Nik Mat.
Pantun itu kemungkinan ditujukan kepada ahli parlimen yang mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dengan bersekongkol dalam Langkah Sheraton untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Saya ingin mengingatkan sidang parlimen dan izinkan saya memetik pantun Tuan Guru Nik Aziz:
Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.
"Ini satu peringatan yang cukup besar," katanya di Dewan Rakyat.
Pantun itu turut menarik perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun allahyarham Nik Aziz adalah dari parti berbeza, tapi saya menghormatinya sebagai seorang tokoh yang alim, yang saya hormati dan saya sanjungi," katanya.