top of page

Panggil sidang khas Parlimen bahas banjir, perubahan iklim - Saifuddin Nasution



Kegagalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun baru baru ini membenarkan perbahasan mengenai bencana banjir melanda Lembah Klang yang menimbulkan kemarahan rakyat boleh diimbangi dengan memanggil satu sidang khas Parlimen membahaskan isu banjir berkenaan.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sidang khas tersebut amat penting bagi meneliti keperluan polisi polisi baharu dibuat berdasarkan perubahan iklim atau climate change untuk mengelakkan mala petaka lebih dahsyat pada masa hadapan, terutama berkenaan peraturan baharu pembangunan dan perancangan bandar.


"Kejadian hujan tak berhenti henti selama beberapa hari diikuti kejadian tanah runtuh dan banjir besar seharusnya mengingatkan kita bahawa perubahan iklim itu  benar benar berlaku dan mampu mendatangkan kesan di luar jangkaan kepada pelbagai pihak, termasuk pakar malah juga pemerintah.


"Kesan perubahan cuaca dunia dan kemunculan pelbagai wabak virus tanpa sempadan yang silih berganti maka kerajaan, sektor swasta dan NGO di negara maju kini lebih serius melaksanakan prinsip Environmental Social Governance (ESG) sebagai dasar utama Pembangunan.


"Oleh itu, agar Malaysia tidak ketinggalan maka Parlimen perlu segera meneliti segala undang-undang sedia ada berhubung alam sekitar, penjagaan sungai dan pembangunan bandar yang mampan untuk melihat jauh ke hadapan.


"Saya menggesa satu sidang khas Parlimen diadakan khusus untuk membahas isu banjir dan kesiapsiagaan jentera Kerajaan, demi semua ahli keluarga Malaysia yang sangat terkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar baharu itu, kritikan rakyat dan pendapat mereka mengenai kelemahan Kerajaan menangani banjir besar pada 18 hingga 21 Disember lalu tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.


Banyak hal, kata Saifuddin, berkaitan komunikasi Kerajaan dan kecekapan membuat keputuan perlu disemak semula.


"Pada masa yang sama kita membaca dan meneliti bagaimana tindakan segera Kerajaan Negeri tersekat akibat koordinasi lemah di peringkat pusat, walaupun aset dan Angkatan Tentera Malaysia telah bersedia. Ini semua perlu menjadi pengajaran buat kita," katanya lagi.


Selain itu, Saifuddin turut menghargai semangat saling bantu membantu yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang bencana itu dan harus dihargai kerajaan


Begitu juga, katanya, sukarelawan KEADILAN yang turut sama dikerahkan dari seluruh negara turun membantu dalam bentuk wang ringgit, tenaga menyelamat mangsa serta tugasan membersihkan rumah dan tempat kediaman yang terkesan banjir.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page