Pandora Papers: Kenapa Yang Dipertua nak jadi peguam bela kepada perasuah-perasuah? - Anwar



Penolakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membahaskan Pandora Papers menimbulkan ketegangan apabila Ketua Pembangkang bertanya mengapakah aliran keluar wang ratusan bilion ringgit tidak dianggap penting untuk dibahaskan.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mempersoalkan isu pengaliran keluar wang yang bukan sahaja diperkecilkan oleh media arus perdana tetapi cuba disenyapkan di Parlimen.


"Pada 7 Oktober Yang Dipertua menerima usul saya mengikut peraturan mesyuarat 90 (2) dan (1) untuk mencadangkan supaya Yang Dipertua mengambil perhatian soal usul saya yang ditolak itu dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan belum dimuktamadkan. Oleh demikian saya menggesa Yang Dipertua beri peluang supaya Pandora Papers ini tetap dibincang dan dibahaskan di Dewan Rakyat


"Dengan beberapa maklumat terbaru ia ternyata lebih meruncing daripada yang saya sebutkan minggu lalu. Ini melibatkan tokoh politik dan peniaga. Kerajaan digesa membuat penyiasatan lebih terbuka.


"Saya musykil soal yang sebegini besar, rumit diputuskan, tidak disiar besar-besaran di media. Tidak dibahaskan oleh tokoh politik terutama dalam kerajaan, padahal jumlah ratusan bilion ternyata disorok di tax heaven. Kalau mereka kata tidak salah seperi yang dibuat YB Selayang, Menteri Kewangan, itu tidak menutup keperluan mengadakan penyiasatan yang lebih menyeluruh.


"Yang Dipertua, saya katakan hal ini jauh lebih besar daripada yang kita bahaskan yang lain. Aneh sekali mengapa tidak ada kekuatan politik untuk memastikan perkara ini disiasat dan wang dipunggah dari negara kita dipulangkan untuk rakyat.


"Saya minta penjelasan dan saya boleh jangka Yang Dipertua beri isu teknikal kemudian mematikan usul ini. Kedua, membawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tak sama jika dibahaskan di sini. Saya tegaskan kalau pun Speaker buat keputusan begitu saya mahu Ahli Parlimen gunakan apa sahaja ruang, termasuk petang ini, tatkala berbahas dana tambahan Covid oleh Menteri Kewangan untuk tidak bersekongkol menutup kes ini," katanya dalam perbahasan sesi pagi di Dewan Rakyat.


Yang Dipertua Datuk Azhar Azizan Harun menjawab beliau memang telah menolak usul rayuan berkenaan sebangaimana yang dijangkakan dengan alasan teknikal.


"Saya baru melihat usul YB, saya baru tandatangani surat itu, tepat jangkaan YB saya baru sahaja menokak usul tersebut kerana YB membuat usul 90 (1) (2) untuk hentikan kuatkuasa peraturan tetapi tidak dinyatakan peraturan mana," katanya.


Azhar juga beralasan Pandora Papers bukan mengenai pengeluaran wang ke luar pesisir tetapi mengenai pegangan saham syarikat luar pesisir. Katanya, pegangan syer juga kecil. Ada 5 pound dan satu lagi AS$ 2.5 juta.


Anwar bangun membantah kerana usul berkenaan bukan tertumpu kepada pengaliran wang keluar tetapi bagaimana sejumlah besar wang boleh dipegang oleh Menteri dan Ahli Parlimen yang tidak sesuai dengan pendapatan mereka.


"Sebab saya bawa 90 (1) (2) ini untuk memberi ruang kepada Speaker membetulkan keputusan awal. Selepas ini kalau Yang Dipertua tolak baru saya buat usul kepada Dewan Rakyat. Itu soal peraturan


"Tetapi Yang Dipertua nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini sebab apa?


"Saya ada dokumen bagaimana seorang Menteri boleh bermain saham di sana. Kemudian ini bukan pengaliran keluar?


"Dia (wang) daripada mana, dari langit? Maknanya dari sini, saya kaitkan 3 perkara, Menteri tahu. Pertama Global Financial Index, Panama Papers kemudian disusuli 2021 (Pandora Papers). Wang yang dibawa keluar jumlahnya ratusan bilion. Saya tidak faham mengapa Speaker memilih untuk menjadi peguam bela bagi orang-orang ini?


"Saya nak supaya petang ini dibentang dan dibahas. Kalau betul ada 5 pound, lima pound lah tetapi dari malumat yang ada itu jauh melebihi. Jangan tanya sumber saya.Yang Dipertua baca dari media, sumber saya lebih daripada itu. Sebab itu saya mahu Parlimen membahaskan.


"Saya mahu hal ini dibentang, dibahas dan seperti mana saya sebut minggu lalu, kita tak menghukum. Ada orang buka akaun tidak semestinya ada orang lakukan rompakan atau rasuah. Tetapi kebanyakan kes ini melibatkan pembesar, Menteri dan pemimpin yang tidak ada sebab mengapa boleh mengumpul wang begitu banyak di luar negara.


"Ini saya minta Yang Dipertua mengambil berat. Saya harap parti di sebelah sini, sebelah sama, pejuang Melayu, pejuang Islam, pasal apa diam bila rakyat tahu hilang duit begitu banyak," katanya.


Bagaimanapun Yang Dipertua tetap dengan keputusan tegas menolak usul Pandora Papers dibahaskan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER