top of page

Pandora Papers: Anwar usul hal babitkan personaliti dalam negara dibahas segera

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 4, 2021
1 min read


Pendedahan Pandora Papers pagi ini yang terkait beberapa personaliti dalam negara amat membimbangkan.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan agar hal itu segera dibahas di Dewan Rakyat.


"Mengambil maklum pendedahan Pandora Papers awal pagi tadi, saya telah menghantar suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.


"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, usul berkenaan amat perlu untuk ketelusan umum kerana Pandora Papers mendedahkan nama-nama tokoh politik kerajaan dan pembangkang di Malaysia.


"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang.


"Saya mohon usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page