top of page

Pandemik Covid 19: Keganasan Rumah Tangga Naik 800%


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata, keganasan rumahtangga meningkat sehingga 800% pada era pandemik Covid 19.


Beliau memberi amaran kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPW) agar lebih proaktif dalam membela golongan wanita serta kanak-kanak. Katanya, kes-kes perceraian yang difailkan di mahkamah syariah juga meningkat sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini.


Oleh itu, katanya, KPW dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bukan sahaja perlu memberi bantuan dari segi material tetapi juga memikirkan bagaimana untuk melindungi wanita dan kanak-kanak dari segi emosi dan kesihatan mental.


Kesihatan mental sangat penting pada era gelombang ketiga pandemik dan berakhirnya moratorium pinjaman bank pada September lalu.


Beliau mengakui, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac - Mei 2020, mengikut kajian, idea untuk membunuh diri dalam kalangan belia tinggi, begitu juga percubaan membunuh diri dalam kalangan wanita.


Untuk itu kerajaan perlu menyediakan ekosistem yang selamat dan menyokong rakyat yang bermasalah ketika krisis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page