top of page

Pandemik Covid 19: Datuk Seri Anwar diperlukan sebagai faktor pemersatu



Kemelut politik yang tidak berpenghujung menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berupaya menyatukan negara, malah kabinet PN sendiri terpecah kepada dua blok, iaitu pro darurat terdiri daripada Bersatu dan Pas manakala Umno-BN menyokong Yang di-Pertuan Agong tidak melaksanakan darurat.


Bagi mantan Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Malaysia tidak boleh bergerak maju dalam suasana vacum politik tanpa seorang tokoh pemersatu. Katanya, beberapa negara di dunia yang berjaya melalui krisis dengan jayanya kerana mereka mempunyai faktor pemersatu.


Di Malaysia, menurut Syed Shahir, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak dijadikan faktor pemersatu, lewat pengalaman beliau dalam persatuan pelajar, politik dan pernah menyatukan pelbagai parti termasuk di dalam Umno, kerjasama dengan Pas (Pakatan Rakyat) serta Bersatu (Pakatan Harapan).


"Apa yang kita hadapi sekarang ialah siapakah yang mendapat sokongan semua pihak? Maka harus kita beri (jawatan ketua) kepada dia. Pada saya mesti kita akur dengan kewibawaan dia (Anwar) dalam konteks ini. Dia mempersatukan yang lain.


"Misalnya di Afrika Selatan, siapakah pemersatunya? Tidak lain Nelson Mandela. Walaupun kalau kita perhatikan dalam parti ANC (yang dipimpin Mandela) ada macam-macam manusia tetapi pemersatunya Mandela.


"Sukarno di Indonesia, walaupun ada komunis, Masyumi (gerakan Islam) tetapi pemersatunya Sukarno. Pada saya kita kena melihat ini dan lihat siapa yang boleh melakukan, yang kita nampak pada zahirnya, dibuktikan dan dia mempunyai kebolehan itu.


"Tidak bererti pemersatu itu tidak ada cacat cela tetapi dalam kita berhadapan dengan pandemik ini kita perlukannya. Kita jangan tengok Donald Trump, itu menghancurkan.


"Di negeri yang dikuasai Demokrat dia sabotaj dan orang Demokrat pula sabotaj (Republikan). Jadi sampai bila? Hingga 220,000 warga Amerika Syarikat mati (akibat Covid 19)," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut Syed Shahir lagi, faktor pemersatu sangat penting apabila Dewan Rakyat akan menghadapi undi meluluskan Belanjawan 2021.


Katanya, dalam hal itu, kerajaan PN perlu menerima cadangan pembangkang sekiranya belanjawan mahu diuluskan dengan mudah. Kerjasama kerajaan-pembangkang bukanlah sesuatu yang asing ketika suasana pandemik menuju ke tahap krisis.


"Kita kena faham apakah yang patut dilakukan selepas berhadapan pandemik. Itu (kesedaran) yang diperlukan sepanjang belanjawan.


"Dibentang, dibahas kemudian 'kami (pembangkang) bersetuju untuk meluluskan dengan syarat ditambah beberapa peruntukan', apa salahnya?


"Rakyat biasa yang ada akal akan melihat, bagus juga mereka ni. Tetapi dengan satu hal yang kita tak boleh nafikan, pemerintah kena telus dan terbuka. Jangan (pula selepas lulus belanjawan) untuk negeri yang sama (dengan Persekutuan) dia beri (peruntukan), yang lain tidak. Tak boleh macam itu," katanya.


Bagaimanapun, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sedih dengan sikap ahli politik Malaysia yang tidak bertindak sebagai negarawan apabila diperlukan.


Katanya, kemelut politik yang berlaku hari ini berpunca daripada sikap ahli politik yang bergayut pada kuasa dan tidak mahu menyerahkan baton kekuasaan apabila tiba masanya.


"Kita tengok senario di dunia lain. Kita di sini tidak ada budaya seperti mana di tempat lain. Bahawa manusia itu bila sampai ke satu peringkat, bila mana mereka hilang kepercayaan (majoriti). Ok saya tinggalkan. Cukup bagi saya. Saya serahkan kepada siapa yang akan mengambilalih. Budaya itu kita tidak ada. Budaya ini ada di Jepun. Di Eropah dan sebagainya.


"Tidak perlu disuruh. Kita tak ada budaya itu. Maknanya kita pertahankan sehingga tak boleh sangat, baru nak lepas," katanya lagi.


Justeru, Syed Shahir menasihatkan ahli paolitik Malaysia agar mencontohi sikap rakan-rakan sejawatan mereka di negara-negara lain agar negara ini tidak hancur demokrasinya dan akan merosakkan pertumbuhan ekonomi serta sosial masa hadapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page