top of page

'Pandang kiri kanan', Adam Adli tegur Akmal Saleh



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abd Halim menegur Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh agar berhati-hati dalam memberikan sebarang kenyataan.


Teguran itu menyusul kenyataan Akmal yang seolah-olah mempersoal pendirian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dalam urusan afidavit menyokong bekas PM Najib Razak menghabiskan hukuman penjara beliau secara menjalani tahanan rumah.


Tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, tindakan Akmal seolah-olah tidak mencerminkan dirinya kini berada dalam satu pasukan iaitu Kerajaan Perpaduan.

"Yang disinggung oleh saudara itu Presiden kami, Perdana Menteri kita semua. Mungkin saudara bukan “walanon” tetapi saudara tetap salah seorang Ketua Pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini.


"Sebagaimana kami sepakat tonjolkan sikap hormat kepada Presiden saudara, dengan sentiasa berhati-hati memilih perkataan dan menyatakan pandangan, kalau pun dalam isu yang kadang amat fundamental dan mengesankan; apa sangat harganya untuk saudara ambil sikap yang sama terhadap Presiden kami," katanya.


Tambah Adam lagi, Akmal yang juga merupakan wakil rakyat dan pemimpin utama di Melaka, mempunyai akses untuk mendekati Anwar dengan lebih mudah.


Pada hematnya, mustahil suara Akmal untuk tidak didengari Anwar kerana mereka berada dalam 'kapal' yang sama sekarang.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page