top of page

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap serendah RM69 sebulan



Kerajaan hari ini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga serendah RM69 sebulan.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata pakej tersebut menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data) dengan kontrak langganan selama 24 bulan mulai Mac ini.


"Harga pakej yang ditawarkan 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89, bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.


"Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro," katanya.


Menurut Fahmi lagi, pakej tersebut akan meringankan beban rakyat dan meningkatkan interaksi rakyat marhaen terhadap perkhidmatan jalur lebar.


"Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan serta kebajikan rakyat dan terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia Madani," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page