top of page

Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih atasi kesenjangan digital



Perasmian Prapelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil hari ini membuka lembaran baharu kepada usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kesenjangan digital dalam kalangan masyarakat.


Menurut Fahmi, pakej tersebut yang menawarkan harga lebih rendah disasarkan untuk golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu menepati kerangka Malaysia MADANI yang menyediakan kemudahan buat kesemua rakyat tanpa mengira latar belakang sosial.


Kata Fahmi lagi, penurunan harga yang disediakan oleh kerajaan tersebut meliputi langganan pakej prabayar mudah alih yang disediakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.


"Melalui Pakej Perpaduan, golongan yang berkelayakan boleh menikmati 30GB data berkelajuan 3Mbps dengan hanya perlu membayar RM30 dan ianya sah dalam tempoh enam bulan.


"Pengguna juga boleh membuat isian semula dengan hanya membeli pas internet sekiranya kuota data 30GB tersebut habis digunakan sebelum tempoh enam bulan," katanya dalam siaran media pelancaran pakej tersebut.


Menyentuh tentang isu kesalinghubungan digital pula, tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sehingga Februari 2023 Parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur telah mempunyai 55 stesen pangkalan 5G dan dua daripadanya terletak di PA Desa Rejang.


"Parlimen ini turut mempunyai tiga Pusat Ekonomi Digital (PEDi) masing-masing di PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan di PA Desa Rejang yang menyediakan pelbagai kursus serta latihan ICT, mengasah kemahiran tentang e-dagang sekali gus membuka peluang menjana pendapatan secara dalam talian.


"Inisiatif yang dilaksanakan oleh KKD dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kesalinghubungan digital menyeluruh

yang digariskan di bawah kerangka Malaysia MADANI dapat dicapai," katanya lagi.


Untuk maklumat lanjut Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih, rakyat boleh melayari laman web rasmi KKD di https://www.kkd.gov.my/.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page