top of page

Pakej pemulihan ekonomi Penjana ulangi kelemahan pakej sebelumnya?




Pakej rangsangan ekonomi, digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, pakej ketiga yang diumumkan Jumaat lalu mungkin lebih kurang prestasinya seperti dua pakej sebelum ini yang mana masih banyak rakyat merungut tidak menerima secara keseluruhan bantuan, nama tercicir atau menerima bahan makanan tidak seperti nilai dijanjikan.


"Dua belanjawan (pakej ransangan) yang diumum Muhyiddin sebelum ini tidak dibentang dan diluluskan di parlimen. Apa yang jadi persoalan, bagaimanakah bantuan ini diuruskan dan disampaikan kepada rakyat. Misalnya bantuan BPN RM1,600 dikatakan ada rakyat yang tidak menerimanya sejak bulan puasa.


"Begitu juga laporan audit mengenai bantuan itu tidak dikeluarkan. Berapa juta akaun rakyat yang telah menerima (melalui bank) bantuan itu? Berapa isi rumah yang masih tidak menerima dan sebagainya. Contoh mudah, topeng muka yang dikatakan diberi 4 keping setiap rumah, saya tengok tiada satu helai pun sampai ke kawasan saya.


"Ini menjadi tanda tanya. Kita bimbang pakej PENJANA ini juga akan ulangi benda yang sama. Manakala ekonomi rakyat kekal teruk tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan hidup," ujar Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain itu, menurut Azan, rakyat juga meragui ketelusan pengagihan bantuan yang tidak pernah dibentang di Parlimen. Kerajaan Muhyididn juga tidak ada keabsahan kuasa.


Oleh itu, terdapat pihak mendakwa berkemungkinan peruntukkan yang diumumkan akan disalur kepada pihak tertentu untuk mengumpul dana pilihan raya. Atau diberi kepada kroni-kroni bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional.


"Dalam hal ini kerajaan Muhyiddin tidak mempunyai keabsahan. PM tidak pernah ke parlimen untuk mengesahkan dia mempunyai kuasa.


"Merujuk Singapura, kerajaan mereka sah dan menang melalui pilihan raya. Singapura fikirkan rakyat dan ikut undang-undang tetapi Muhyiddin pula umpama rezeki terpijak, dia tak perlu fikir rakyat sebab dia dapat kedudukan sekarang secara terpijak. Jadi dia lebih banyak gunakan duit untuk beli wakil rakyat, bukannya jaga keperluan rakyat.


"Tengok sahaja pelantikan wakil rakyat melalui GLC, elaun besar yang diberikan melalui peruntukkan ini. Bantuan rakyat pula mungkin sampai dalam 30 peratus kepada golongan sasar tetapi 70 peratus mungkin pergi ke pihak tertentu.


"Kalau ada 3 atau 4 kali pengumuman pakej ransangan sekalipun jika tiada laporan, pengesahan, perbahasan di parlimen, ia tidak akan hasilkan apa-apa kesan pada rakyat," kata Azan.


Untuk rekod Muhyiddin telah mengumumkan 3 pakej ransangan ekonomi sepanjang wabak Covid 19 bernilai RM295 bilion. Namun dalam pakej 1 dan 2 banyak keluhan rakyat berkenaan kelemahan pengagihan. Terutama golongan bekerja sendiri dan tidak tidak mempunyai rekod di jabatan kerajaan, mengadu tercicir daripada menerima bantuan sepatutnya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page